Qatar Buka Mulut Mengenai Pelan Pengambilalihan Liverpool

Sebuah entiti pelaburan dari Qatar akhirnya membuka mulut lalu memecahkan kesunyian mengenai pelan pengambilalihan Liverpool yang dilaporkan sedia dilepaskan oleh Fenway Sports Group (FSG).

Pada November lalu, pemilik Liverpool Fenway Sports Group (FSG) telah mengumumkan mereka sedang mencari pemegang saham yang baru apabila sedia untuk melepaskan pegangan majoriti dan tidak menolak prospek menjual penuh kebal itu jika kena pada harganya.

Dalam satu kenyataan, FSG berkata di bawah keadaan yang betul dan tepat mereka “akan mempertimbangkan pemegang saham baharu”, walaupun mereka “tetap komited sepenuhnya untuk kejayaan Liverpool, di dalam dan di luar padang.”

The Telegraph sejak itu melaporkan bahawa lelongan Liverpool sedang “bergerak penuh” dengan tawaran penuh untuk kelab itu dijangka akan terjadi pada bulan Februari.

Beberapa bakal pemilik sejak itu telah dikaitkan dengan The Reds, termasuk konsortium Eropah, pemodal teroka Amerika dan negara Timur Tengah yang kaya dengan hasil semula jadi iaitu minyak.

Awal minggu ini seorang wartawan dari Qatar, Mohammed Saeed Alkaabi mendakwa bahawa negara teluk itu telah menjadikan Liverpool sebagai keutamaan mereka dalam pengambilalihan kelab Eropah.

Pada ketika ini banyak kelab serata Eropah sedia dimiliki oleh pemilik baru termasuklah kelab Premier League seperti Liverpool, Tottenham Hotspur dan Manchester United.

Mohammed Saeed Alkaabi juga menyatakan bahawa syarikat pelaburan kaya-raya dari Qatar mempunyai minat yang teramat serius bagi memastikan pengambilalihan kelab Merseyside itu terjadi.

Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qatar Investment Auhtority (QIA), entiti yang menguruskan dana kekayaan berdaulat negara teluk bernilai $450 bilion, kini telah mengakui Qatar berminat untuk melabur dalam sebuah kelab bola sepak.

Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud berkata Qatar masih tidak lagi membuat keputusan kelab mana yang sepatutnya mereka jalankan pelaburan, yang pasti pelan mereka adalah untuk membeli kelab bola sepak adalah benar dan membiarkan semua pihak berteka-teki.

Bercakap kepada Bloomberg di Forum Ekonomi Dunia di Switzerland, Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud bekata:

“Bola sepak, kelab dan sukan kini menjadi semakin dikomersilkan dalam satu cara, terutamanya sekarang, peminat melihat ini sebagai satu pengalaman. Jadi mereka ini ambil tahu mengalaminya sendiri dan menghiburkan diri.

Menurut Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud lagi di era globalisasi dan zaman digital ini menjadikan kelab bola sepak dan teknologi satu perkara yang mesra kepada pelaburan kerana nilai komersil yang boleh ditarik dari setiap pelusuk dunia.

“Pada masa yang sama, pendigitalan menjadi sangat penting. Jadi model institusi ini menjadi sangat komersil dan mesra pelaburan. Anda tidak akan terkejut jika kami melabur dalam industri ini.”

“Kami belum membuat sebarang keputusan tetapi keputusan ini didorong oleh nilai komersil yang kami dapati. Dan sekali lagi, sukan menjadi tema yang sangat penting juga.”

“Orang ramai lebih terlibat dalam sukan dan pendigitalan menjadikannya lebih menarik kepada pelabur.”

Qatar Investment Auhtority (QIA) merupakan bapak syarikat kepada Qatar Sports Investments (QSI) yang merupakan anak syarikat dan juga pemilik kepada gergasi Ligue 1, PSG.

Qatar Sports Investments (QSI) yang dipengerusikan oleh Nasser Al-Khelaifi sebelum ini berminat untuk mengambilalih Tottenham Hotspur dan dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Daniel Levy bagi membincangkan kemungkinan yang ada.

Qatar Investment Auhtority (QIA) pula dimiliki oleh kementerian kewangan Qatar dan Jawatankuasa Olimpik Qatar merupakan badan bertanggungjawab menguruskan kekayaan negara dengan pelaburan luar.

Peraturan UEFA menyatakan bahawa tiada dua kelab atau lebih yang mengambil bahagian boleh dikawal secara langsung atau tidak oleh entiti yang sama.

Tidak dapat dipastikan buat masa ini jika benar Liverpool di beli adakah mereka akan terus melalui Qatar Investment Auhtority (QIA) atau melalui anak syarikat mereka Qatar Sports Investments (QSI).

BACA:  Penyokong Liverpool Teruja Dengan Aksi Mantap Diaz Ketika Debutnya Bertemu Leicester