Qatar Dituduh Upah ‘Penyokong Palsu’ Nok Ko Suasano dan Buat Raso-Raso

Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar terus dihimpit kontroversi apabila dituduh mengupah sekumpulan penyokong palsu sebab nok ko suasano dan buat raso-raso.

Penyokong upahan itu mewakili pelbagai negara bertanding dan layak ke Piala Dunia seperti Argentina, Brazil, England, Portugal dan lain-lain.

Perarakan pasukan pelbagai negara ini dilakukan bagi memeriahkan suasana menjelang Piala Dunia melibatkan beberapa tempat di Qatar.

Peminat bola sepak dalam talian menjadi agak curiga dengan akaun TikTok ‘Qatar Living’ selepas ia mula menyiarkan video peminat dari negara berbeza yang semuanya berkumpul bersama.

Akaun TikTok Qatar Living – akaun rasmi pertama komuniti Piala Dunia Qatar di TikTok bagi berkongsi kehangatan Piala Dunia ke seantero planet.

Beberapa klip video memaparkan kononnya kehadiran ‘penyokong’ dari seluruh dunia membanjiri setiap pelusuk jalanan di Doha – seminggu sebelum sepak mula kejojanan.

The Sun melaporkan bahawa ‘peminat’ telah memenuhi jalanan di Doha seminggu sebelum kejohanan bermula, memakai bendera, sepanduk, dan melukis muka.

Penyokong upahan itu dilaporkan terdiri daripada ribua migrain yang berada di Qatar.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka adalah golongan pekerja migran yang menetap di Qatar dan memulakan suasana pesta terlebih awal, atau sama ada perarakan sedemikian telah diberi kebenaran terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

Salah satu video memaparkan sekumpulan penyokong Brazil mengibarkan bendera di Doha Corniche – kawasan tebingan sungai di bandar Doha dan juga di stesen keretapi.

Dan klip video lain turut berkongsi bagaimana penyokong Portugal, Argentina, Ghana, Cameroon dan Tunisia memberikan sokongan masing-masing.

Satu lagi muat naik menunjukkan bagaimana penyokong England menyanyi dan bermain drum sambil berjalan membawa banner tertulis “It’s Coming Home”.

Yang dipersoalkan adalah sikap penyokong-penyokong tersebut seperti sangat berdisiplin dan seolah-olah telah dirancang terutama penyokong England – menyebabkan tanda tanya timbul sama ada mereka adalah penyokong sebenar, atau sekadar penyokong upahan/fake fans yang diupah Qatar.

Qatar mengupah penyokong palsu ini boleh dikatakan mengikut peredaran zaman, dilakukan semata-mata untuk content lalu dimuat naik ke media sosial.

Jika benar tuduhan ini adalah benar, maka ini bukan kali pertama Qatar dituduh mengupah penyokong untuk memeriahkan acara sukan di negara tersebut.

Pada 2014, Qatar dituduh mengupah pekerja migran sebagai penyokong untuk memastikan arena pertandingan dipenuhi penyokong.

Salah satunya adalah Kejohanan Antarabangsa Bola Tampar Pantai, dimana penyokong yang hadir mendakwa mereka hadir semata-mata kerana wang yang ditawarkan dan bukan kerana sukan tersebut.

Perkara itu diakui oleh pemain bola tampar profesional Perancis, Edouard Rowlandson dan Youssef Krou pada ketika itu yang menganggap kaedah tersebut sebagai mengaibkan sukan.

Bagaimanapun Rowlandson berkata mereka lebih sanggup bermain di hadapan penyokong yang diupah berbanding di arena tanpa penonton.

Wajah-wajah penyokong pula terutama penyokong England langsung tidak menggambarkan mereka dari England ditambah pula dengan alat musik yang dimainkan.

Seorang komentar telah menulis:

“Sesiapa sahaja yang pernah ke Piala Dunia atau perlawanan dengan peminat Brazil akan tahu bahawa ini bukan cara Brazil beroperasi.”

Sementara itu, sesetengah peminat mendakwa bahawa mereka telah melihat orang yang sama menyamar sebagai negara yang berbeza dalam video sebelumnya.

Ramai yang menganggap bahawa perbuatan memalsukan penyokong untuk sebuat kemeriah dan content adalah sesuatu memalukan buat pengajur Piala Dunia itu.

Tambahan pula bukankah terlalu awal untuk penyokong seramai itu tiba ke Qatar ketika kebanyakkan pasukan bertanding belum pun tiba.

BACA:  Half Time Team Talk Menakjubkan Herve Renard Punca Kemenangan Arab Saudi