Que Ngoc Hai Pula Terlepas Kad Merah Selepas Tumbuk Muka Theerathon

Pemain Vietnam terus bernasib baik lagi bertuah, entah apa tangkal yang dipakai apabila Que Ngoc Hai pula terlepas layangan kad merah selepas menumbuk muka Theerathon Bunmathan.

Insiden bermula yang membawa kepada kekecohan ini ketika pengadil yang berasal dari Korea Selatan, Ko Hyung Jin memberi sepakan percuma kepada Thailand kerana bola telah terkena tangan pemain pertahanan Vietnam, Que Ngoc Hai pada minit ke-39.

Pengadil pada awalnya telah memutuskan play-on menyuruh perlawanan di teruskan sahaja tetapi pembantu pengadil telah campur tangan kerana terjadi kecurangan bahawa bola telah terkena tangan Que Ngoc Hai.

Maka Que Ngoc Hai pun terus membantah keputusan pengadil yang mengubah keputusan memberi hukuman berupa sepakan bebas kepada Thailand di luar kotak.

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan turut menghampiri pengadil dan pemain pertahanan berusia 32 tahun itu dan menunjukkan ke titik penalti, mendakwa bola terkena tangan Que Ngoc Hai di dalam kotak.

Tidak puas hati dengan tuduhan Theerathon Bunmathan, Que Ngoc Hai telah menolak kapten Thailand yang membalas dengan cuba mencekik leher Ngoc Hai yang terus bertindak balas dengan melepaskan satu tumbukan ke muka Theerathon yang segera berundur.

Ho Tan Tai dan Bui Tien Dung terus menerpa dan kedua-dua mereka cuba mencekik Theerathon, Bui Tien Dung berjaya mencekik namun pantas ditepis Theerathon yang tidak menghiraukan dua pemain itu.

Ternyata Kapten Thailand itu terus memfokuskan perhatiannya kepada Que Ngoc Hai dan tidak berpuas hati kerana telah ditumbuk dibahagian muka.

Pengadil hanya melayangkan kad kuning sahaja kepada tindakan ganas Que Ngoc Hai dan Theerathon Bunmathan bebas dari sebarang hukuman yang membuatkan Park Hang Seo Naik hantu di tepi padang.

Pengadil berjaya menenangkan situasi dan sepakan percuma untuk pasukan Thailand telah di ambil oleh Theerathon Bunmatahan sendiri dengan satu sepakan cantik tapi sayang sekadar menggegar gawang.

Que Ngoc Hai sudah membuat 54 penampilan bersama Thailand dan setakat ini masih suci lagi bersih dari sebarang layangan kad merah ketika turun mempertahanan pasukan Vietnam.

Kemudian peminat bola sepak Thailand terus memuat naik kesalahan lampau Que Ngoc Hai yang pernah menendang bola ke muka pemain Thailand secara sengaja namun bebas dari sebarang kad merah.

Selepas Doan Van Hau berusaha keras melakukan kerja kotor sejak dari awal kejohanan mungkin kini tugas itu sudah ditukar kepada pemain lain kerana pasti pengadil akan mengawasi ketat perlakuan Doan Van hau.

Theerathon Bunmathan telah menjadi nadi kebangkitan Thailand ketika Thailand bangkit selepas ketinggalan satu gol dan diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Bek kiri Buriram United yang mampu beraksi dengan kemas di bahagian tengah itu telah melakukan dua assist padu dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF 2022.

Selepas perlawanan Theerathon berkata:

β€œThailand tidak menyerang dan mampu untuk menjaringkan dua gol di tempat lawan. Ini adalah hasil yang bagus dan kami akan menjadi juara di laman sendiri.”

β€œSaya tidak berasa kecewa apabila melihat Vietnam menjaringkan gol penyamaan dipenghujung babak kedua, kami tetap semangat dan akan menjadi juara.” Ujar Theerathon kepada Bongda Plus.

Nguyen Tien Linh telah membuka tirai jaringan pada babak pertama dan diseparuh masa kedua Poramet Arviraj dan Sarac Yooyen meletakkan Thailand di hadapan sebelum Vu Van Thanh menyamakan kedudukan pada minit akhir.

Thailand dan Vietnam akan membuat penghitungan penghabisan di perlawanan akhir kedua di Stadium Thammasat pada Isnin, 16 Januari 2023.

Baca Juga

Baca Juga