Rafa Benitez Di Pecat, Zidane Sebagai Pengganti

Masanya sudah tiba. Rafael Benitez telah dipecat sebagai pengurus Real Madrid dan tempatnya bakal diambil alih oleh Zinedine Zidane.

Selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Valencia semalam satu mesyuarat telah diadakan tengahari tadi telah memuatuskan bahawa bekas pengendali Liverpool itu telah di pecat.

Tempat Benitez bakal diisi oleh lagenda Real Madrid dan Perancis yang juga pengurus Real Madrid B, Zinedine Zidane yang telah lama disebut- sebut bakal menggantikan Benitez.

Rafa Benitez Di Pecat, Zidane Sebagai Pengganti

Presiden Real Madrid Florentino Perez berkata : ” Saya disini dengan berat hati untuk menyatakan bahawa lembaga telah membuat satu keputusan yang sukar, terutama bagi saya untuk menamatkan kontrak Rafa.

” Zidane lebih mengetahui bagaimana untuk mengendali dan mengetuai Real Madrid kerana sepanjang kerjaya beliau sentiasa menghadapi cabaran yang besar.

Benitez gagal menambat hati penyokong selepas menggantikan Ancelotti. Walaupun melalui peringkat kumpulan Liga Juara Eropah dengan agak bergaya, Benitez telah mengalami penyingkiran yang memalukan di Copa Del Ray selepas menggunakan pemain yang di gantung.

Kedudukan Benitez mula goyah pada November lalu apabila Real tewas berturut-turut kepada Sevilla dan kekalahan 4-0 kepada Barca dilaman sendiri.

Kekalahan kepada Villareal dan seri dengan Valencia membawa kepada pemecatan Benitez. Kemenangan besar 8-0 kepada Malmo di Liga Juara dan kejayaan menewaskan Rayo Vallecano 10-2 mungkin menjadi kenangan terindah buat Benitez.

Baca Juga

Baca Juga