Rafa Benitez :Paul Pogba Belum Setanding dengan Steven Gerrard

Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez telah menolak sebarang perbandingan di antara Paul Pogba dan Steven Gerrard, dan berkata pemain tengah Manchester United itu perlu lebih konsisten terlebih dahulu sebelum boleh dibandingkan dengan Gerrard.

Pemain antarabangsa Perancis ini kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama buat pertama kali ketika menentang Newcastle selepas berehat dua bulan akibat kecederaan pada hamstringnya.

Walaupun sudah lama tidak beraksi, Pogba berjaya menampilkan persembahan yang jitu dalam perlawanan tersebut, dengan meraih satu gol dan satu assist.

Walaubagaimanapun, Benitez enggan terlalu memuji persembahan Pogba dan menegaskan masih banyak perkara harus dilakukan Pogba untuk dibandingkan dengan bekas kapten Liverpool dan England tersebut.

Kali terakhir Benitez senyum begini adalah ketika Liverpool memenangi Liga Juara-juara.

Ketika ditanya adakah wujud sebarang persamaan diantara Gerrard dan Pogba, Benitez menjawab:

“Tidak, mereka adalah pemain yang berbeza. Stevie [Gerrard] adalah pemain yang berada dalam kelas dunia bertahun lamanya. Beliau seorang pemain yang konsisten dan mampu mengubah keputusan setiap perlawanan, dengan atau tanpa bola disisinya.”

“Pogba bukan pemain saya, jadi saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya. Beliau adalah pemain yang bagus, sama seperti kebanyakan pemain Manchester United yang lain. Akan tetapi Pogba harus menunjukkan aksi yang konsisten sama seperti yang ditunjukkan Gerrard selama 10 hingga 15 tahun”

Dalam perkembangan lain, pengurus Red Devils, Jose Mourinho telah memuji persembahan Pogba yang baru pulih dari kecederaan dan menggambarkan kepulangan Zlatan Ibrahimovic sebagai satu detik yang penuh emosi selepas kedua-dua pemain ini membantu Manchester United menewaskan Newcastle dengan jaringan 4-1 di Old Trafford.

Untuk rekod, Pogba lebih banyak menukar gaya rambut berbanding menjaringkan gol.

Pogba diletakkan dalam kesebelasan utama dan bermain sehingga minit ke-70 sebelum dikeluarkan. Ibrahimovic pula masuk sebagai pemain gantian untuk penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan pada ligamennya April lalu. Ketika ditanya mengenai aksi Pogba dalam perlawanan tersebut, Mourinho yang dalam nada gembira berkata:

“Permainan beliau cukup cemerlang. Seperti beliau tidak pernah mengalami kecederaan. Beliau kembali ke dalam pasukan dan berjaya menunjukkan persembahan yang amat cemerlang. Pogba berjaya mempengaruhi keputusan perlawanan.”

“Beliau terpaksa dikeluarkan kerana mula terasa penat. Kami tidak mahu terlalu memaksa beliau. Jadi kami membenarkannya bermain selama 70 minit dan permainan yang ditampilkannya seperti beliau tidak pernah mengalami kecederaan berat.”

Dan apabila ditanya adakah Pogba patut diletakkan dalam senarai pemain yang tidak mampu diganti, Mourinho mengangguk kepalanya tanda bersetuju.

Pogba power!

“Pogba mempengaruhi bolasepak kami. Saya dan pemain-pemain lain tahu ada sesetengah pemain yang mampu mengubah tahap permainan pasukan. Dengan Pogba dalam pasukan, kami mempunyai lebih banyak sumber kreativiti. Jadi saya amat gembira.”

“Kini, saya perlu membuat keputusan terbaik untuk perlawanan Rabu [aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Basel di tempat lawan] samada meletakkan beliau bermain atau merehatkannya kerana Pogba adalah pemain yang saya mahu lindungi.”

Baca Juga

Baca Juga