Rafael Van der Vaart Dikejar Bali United Dari Liga Indonesia

Bekas pemain perancang Tottenham Hotspur dan Real Madrid, Rafael Van der Vaart kini dalam pertengahan kontraknya selama dua tahun bersama kelab dari Liga Denmark, FC Midtjylland tetapi tidak membuat penampilan dalam musim baru ini.

Dengan situasi pemain kebangsaan Belanda itu sekarang, Rafael Van der Vaart mungkin ditawarkan jalan keluar dari kelab dan sebuah kelab dari Asia Tenggara dikatakan berminat untuk mendapatkan Rafael Van der Vaart.

Pemain perancang berusia 34 tahun itu setakat musim baru ini belum membuat sebarang penampilan bersama Midtjylland dan kelab dari Indonesia, Bali United dilaporkan sedang berkira-kira untuk mengikat beliau.

Van Der Vaart bersama Bale di Spurs

Berdasarkan laporan dari media Indonesia, Bolasport, Bali United yang merupakan naib juara Liga 1 2017 ingin memperkuatkan pasukan bagi bersaing di playoff Asian Champions League tahun hadapan.

Presiden Bali United, Pieter Tanuri memberi bayangan kepada media bahawa akan terdapat pemain berprofil tinggi dalam skuad Bali United musim hadapan.

“Kami mempunyai beberapa pemain dalam senarai yang pada fikiran aku sangat cemerlang.”

Jika Van Der Vaart ke Indonesia, beliau akan menyertai barisan pemain handalan dunia seperti bekas pemain tengah Chelsea, Michael Essien dan bekas penyerang West Ham United Carlton Cole yang bermain bersama Persib Bandung.

Essien membuat kerja sambilan dengan memotong rumput.

Manakala Semen padan pula telah mengikat bekas pemain Tottenham Hotspur, Didier Zakora. Bekas pemain Liverpool dan Juventus Mohamed Sissoko telah mengikat kontrak setahun bersama Mitra Kuka.

Sementara itu Peter Odemwingie menikmati musim cemerlang bersama Madura United.

Van Der Vart telah menghabiskan dua musim bersama di White Hart Lane dan pemain Belanda itu telah menjaringkan 24 gol dalam 63 perlawanan Premier League sekaligus menjadi pemain kesayangan di kelab London Utara.

Sebelum ini Van Der Vaart pernah mendedahkan beliau sangat berminat untuk kembali ke Spurs satu hari nanti sebagai jurulatih.

Baca Juga

Baca Juga