Raheem Sterling Menganjing Phil Jones Dengan Membuat Muka Kelakar

Pemain lincah Manchester City yang berbadan lentik, Raheem Sterling telah menganjing rakan senegaranya yang bermain di bahagian pertahanan bersama Manchester United, Phil Jones dengan muka kelakar yang dihasilkan Sterling.

Machester City yang sudah layak ke pusingan seterusnya merehatkan beberapa pemain utama menentang Dynamo Zagreb sebagai persediaan menentang Arsenal dalam perlawanan seterusnya di Premier League.

Ketika permainan berbaki 15 minit dengan kedudukan mendahului 3-1. Pep Guardiola memasukkan Raheem Sterling bagi memberi peluang kepada pemain itu untuk berlari-lari di padang.

Manchester City mudah menewaskan Dynamo Zagreb 4-1 walaupun terlebih dahulu ketinggalan satu gol hasil jaringan hatrik Gabriel Jesus dan Phil Foden.

Walaupun dalam tempoh singkat di padang impak yang diberikan Sterling sangat padu bukan dalam perlawanan tetapi di media sosial.

Wajah Sterling yang dalam keadaan kelakar telah dirakamkan pada masa yang tepat ketika berada dalam situasi perebutan bola di depan gawang.

Gambar tersebut telah menjadi bualan di media sosial dan mula dikongsi tanpa batas dan mula dikaitkan dengan Phil Jones yang merupakan lagenda dalam membuat wajah kelakar ketika perlawanan.

Raheem Sterling sendiri melalui akaun Twitternya telah membuat satu ciapan dengan berkongsi gambar beliau dalam perlawanan menentang Dynamo Zagreb.

“Phil Jones pasti bangga Phil Jones ???”

—-

“Phil Jones would be proud ???”

Tiada siapa yang dapat melawan wajah kelakar yang dibuat oleh Phil Jones ketika di padang kerana ekspresi muka Jones sangat semulajadi, ikhlas dan tidak palsu sehingga menjadi wajah kesayangan hamba.

Baru satu dari Sterling, memang taboley lawan si Lagenda Phil Jones yang sentiasa konsisten.

Semulajadi

Ini Phil Jones ke Raheem Sterling?

Ternyata warga Twitter keras perut ketawa dengan gambar ini dan mula membandingkan Siapa lebih kelakar?

Baca Juga

Baca Juga