Raheem Sterling Sokong Protes Black Lives Matter, Tetapi Dengan Cara Aman

Penyerang England dan Manchester City, Raheem Sterling menyokong protes yang berlaku di seluruh UK dengan mengatakan penyakit sekarang adalah rasis dan ia perlu diperjuangkan.

Ribuan orang telah mengambil bahagian dalam perarakan Black Lives Matter di UK  walaupun telah diberi amaran oleh pihak pemerintah supaya tidak berkumpul secara besar-besaran kerana pandemik coronavirus.

“Ini merupakan perkara penting ketika ini kerana ia telah berlaku selama bertahun-tahun” kata Sterling

Tunjuk perasaan besar telah diadakan di London, Bristol, Manchester, Wolverhampton, Nothingham, Glasgow dan Edinburgh berikutan kematian George Floyd.

Floyd, 46 telah terbunuh ketika ditahan pada 25 Mei di Minneapolis. Empat pegawai polis yang terlibat telah dibuang kerja dan didakwa di mahkamah.

Kejadian tersebut telah mencetuskan demonstrasi selama beberapa hari di AS dan ia merebak ke beberapa negara.

Sterling berkata kepada program BBC’s Newsnight, isu rasis juga seperti coronavirus dan ia perlu dihentikan.

“Inilah yang dilakukan oleh para penunjuk perasaan. Mereka berusaha mencari jalan keluar dan mencari cara untuk menghentikan ketidakadilan yang mereka lihat.”

“Selagi mereka melakukan dengan aman, tidak mencederakan sesiapa dan tidak menceroboh ke dalam premis perniagaan, mereka boleh meneruskan protes itu dengan cara aman.”

Mencari punca dan baikinya

Terdapat ramai pihak yang terlibat dalam sukan telah bersuara. Rakan sepasukan Sterling di England, Jadon Sancho turut mengeluarkan kenyataan sokongan protes Black Lives Matter di Jerman.

Sterling sebelum ini telah beberapa kali bercakap tentang isu rasis yang berlaku dalam bola sepak sebelum peristiwa Floyd muncul.

Ketika ditanya adakah kariernya boleh terjejas apabila terlalu kerap bercakap tentang rasis, Sterling menjawab dia tidak terlalu memikirkan ‘pekerjaannya’ apabila berhadapan dengan isu ini.

Dia juga berkata pada masa ini ramai orang terlibat dan bercakap tentang isu perkauman. Banyak komuniti mengambil bahagian terutamanya orang kulit hitam.

“Saya kekal dengan kata-kata saya. Saya melihat ramai orang di media sosial menyokong perjuangan ini. Tetapi ia memerlukan tindakan dari hanya sekadar bercakap.”

“Kita perlu melaksanakan perubahan dan mencari punca.”

Sterling juga berkata dia akan terus memperjuangkan isu ini. Dia akan terus berdebat sehingga orang dalam industri bola sepak melihat dan memikirkan apa yang boleh lakukan mereka

Mereka perlu memberi peluang yang sama kepada orang-orang ini di UK.

“Semoga industri lain juga dapat melakukannya dan masyarakat mendapat sistem yang baik.”

Jofra Acher dengan caranya

Seorang lagi pemain pace bowler England, Jofra Acher mengatakan peristiwa yang berlaku sejak seminggu lepas menunjukkan ramai orang di seluruh dunia tidak berada dalam hak yang sama.

Pemain berusia 25 tahun itu pernah mengalami serangan rasis oleh penonton ketika pasukan negaranya tewas kepada New Zealand pada 2019.

“Orang tidak selamanya berdiam diri dengan hanya melihat ketidak adilan itu terus berlaku.” tulis Acher dalam kolum akhbar Daily Mail

“Secara manusia, saya sering bercakap mengenai isu ini, terutamanya jika ada orang mengganggu anda.”

“Pada pandangan peribadi pula anda tidak boleh kerap membongkarkan perkara itu kerana cerita perkauman tidak OK.”

“Sekiranya anda merasakan perlu bersuara, anda perlukan lakukan.”

“Tetapi saya bersetuju jika orang memilih tidak bersuara di khalayak ramai tetapi melakukan dengan cara mereka sendiri.”

Ketika Acher diserang secara lisan dari lelaki dari Auckland, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Penonton itu telah dilarang menghadiri pertandingan di UK dan antarabangsa selama dua tahun.

Itulah cara Archer.

Foto: Swaqka

Sumber: BBC Sport

BACA:  Manchester City Meletakkan Tanda Harga Tak Masuk Akal Untuk Lepaskan Sterling