Rahsia di Sebalik Sambutan Gol Paulo Dybala

Pemain muda sensasi Juventus, Paulo Dybala sering kali dilihat mempunyai caranya tersendiri untuk meraikan jaringan tersebut dengan menekap tangan ke mulutnya dengan penuh bergaya.

Setiap pemain mempunyai cara tersendiri untuk menyambut jaringan gol, kecuali Cristiano Ronaldo yang meniru Amri Yahyah. Dybala pula dilihat meraikan gol dengan berlari sambil menutup bahagian bawah mukanya seperti di bawah;

Dani Alves cuba membuat gaya Topeng Dybala, namun seperti ada kekurangannya di situ.

The left-footed baby-faced assassin(Pembunuh Upahan Bermuka Bayi Berkaki Kidal) ini tidaklah mempunyai kelajuan yang mencecah kelajuan bunyi seperti Messi nama beliau dianugerahkan dengan kaki kiri mengancam beserta penyudah yang tajam.

Dybala juga dianugerahkan dengan otak yang mempunyai processor berkelajuan tinggi di mana Dybala mampu melihat sesuatu situasi 10 saat lebih laju berbanding pemain lain di padang.

Kini Dybala telah berjaya mengesahkan tempatnya bersama Juventus dengan menjadi pemain utama. Prestasi Dybala juga telah membuatkan Juventus tidak merasai pemergian dua pemain utama The Old Lady iaitu Carlos Tevez dan Paul Pogba.

Memulakan musim ini dengan cemerlang dan setakat ini telah menjaringkan 10 gol dan terus mendapat temapt dalam perancangan Jorge Sampaoli, Dybala yang berasal dari Cardoba ini telah disebut-sebut sebgai pengganti Messi.

Paulo Dybala juga dijangka untuk menjadi pemenang Ballon d’Or juga suatu hari nanti.

Jadi sebagai penyiasat bola sepak antarabangsa, The Sukan rasa terpanggil untuk menerangkan maksud sebenar di sebalik gaya sambutan Dybala ini.

Gaya meletakkan tangan di bahagian bawah muka tersebut diberi nama Dybala Mask, atau dalam Bahasa Melayu – Topeng Dybala. Dybala telah memuat naik satu video di Facebook mengenai Topeng Dybala ini. Banyak kali kan sebut Dybala?

Mesti engkorang tak faham kan bahasa Itali kan? Memandangkan kami bersahabat baik dengan Encik Jimie suatu ketika dahulu dan beliau sempat mengajarkan kami Bahasa Itali, maka kami rumuskan apa yang telah dikatakan oleh pemain lincah ini.

Topeng Dybala mempunyai maksud yang sangat mudah – topeng gladiator.

Apakah maksud gladiator?

Dari segi bahasa, gladiator bermaksud pahlawan yang menggunakan pedang. Para ilmuan telah membahaskan maksud gladiator secara syarahnya ialah orang yang berlawanan menggunakan pedang untuk tontonan umum ketika zaman Rom kuno, menentang sesama gladiator atau haiwan ganas seperi singa, gajah, harimau kumbang atau apa sahaja haiwan ganas yang lain.

Gladiator pada hari ini boleh disamakan dengan pemain bola sepak di mana mereka bertarung di tengah-tengah Colosseum, sambil ditonton ribuan manusia di sekeliling.

Colosseum di Rom. Gambar ini dirakam Encik Bakri sewaktu melawat Itali minggu lalu.

Dybala mengulas lagi,”Ketika kita berjuang, kadang-kadang kita perlu memakai topeng pahlawan untuk menjadi lebih kuat, tanpa menghilangkan senyuman dan kebaikan kita.”

Ini bermaksud, mendapatkan gol bukannya mudah, namun apabila gol hadir, perjuangannya selama ini ternyata berbaloi. Engkorang faham kan?

Topeng Dybala ini amatlah penting untuk dijadikan sumber inspirasi kepada pemain-pemain Malaysia dalam meraikan gol yang dijaringkan. Mana tahu selepas ini pemain di Malaysia membuat gaya ini dan kebetulan dilihat oleh seorang scout antarabangsa, lalu membawa pemain kita ke Serie A. Rezeki orang mana kita tahu kan?

Sudah terlalu lama bola sepak Argentina mencari pemain yang mampu menjadi penyambung kecemerlangan Diego Maradona. Pablo Aimar, Ariel Ortega dan ramai lagi. Namun para pemain ini gagal untuk menanggung beban dibandingkan dengan Maradona sehinggalah kemunculan Leo Messi.

Setelah lama menunggu dalam mencari pengganti Maradona, kini the Albiceleste telah menjumpai pewaris Messi walaupun Messi masih belum bersara. Pemain itu adalah Paulo Dybala.

La Joya atau permata merupakan nama panggilan yang diberikan kepada Dybala dan telah menjadi pemain paling penting buat La Vecchia Signora atau Juventus buat masa ini dan lebih penting dari pemain yang memecahkan rekod perpindahan kelab, Gonzalo Higuan.

Entri ini merujuk kepada satu entri di The Sun.

Baca Juga

Baca Juga