Rahsia Haaland Dalam Kocek De Ligt

Pertahanan kebangsaan pasukan antarabangsa Belanda, Matthijs De Ligt menyatakan bahawa dia serba tahu rahsia Haaland dan ada formula untuk mengekang pemain itu menjelang aksi antara Man City dan Bayern Munich.

Minggu lalu Haaland mencatatkan gol ke-30 dalam EPL dalam kariernya ketika Manchester City menang 4-1 je ke atas Southampton.

Haaland ketika itu baru diturunkan selepas pulih daripada kecederaan.

Dan dijangka akan bermain dalam aksi Manchester City menentang Bayern Munich dalam suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Matthijs de Ligt, pemain pertahanan Bayern Munich, mengulas pada sidang media sebelum perlawanan menentang Manchester City.

Beliau percaya tumpuan sepenuhnya adalah aspek utama dalam mengawal Haaland. Selain itu untuk menyingkirkan ancaman Erling Haaland, caranya adalah dengan memintas segala jenis umpanan dan hantaran untuknya.

Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah mempertemukan Manchester City dan Bayern Munich. Perlawanan akan diadakan pada Rabu.

Bayern dalam perlawanan pertama di mana mereka harus melawat Stadium Etihad terlebih dahulu. Ianya tugas berat menanti skuad Bayern.

Perlawanan ini akan menjadi perlawanan keempat Munich di bawah bimbingan Thomas Tuchel sejak mengambil alih kelab itu.

“Manchester City mempunyai skuad yang sangat bagus. Kami semua perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan mempamerkan persembahan hebat esok,” kata De Ligt.

Walaupun tersingkir daripada DFB Pokal, Tuchel memiliki memori yang indah menentang Man City. Di mana, ketika dia membimbing Chelsea, dia pernah membimbing The Blues menewaskan Man City pada Final Liga Juara-Juara 2021.

Kejayaan terbesar Thomas Tuchel sebagai pengurus setakat ini.

Pep Guardiola pula masih berusaha mencari UCL pertamanya selepas era beliau di Barca. Bayern bukanlah asing buat Guardiola yang pernah menjadi pengurus kelab itu.

Perlawanan menentang The Citizens yang bercirikan penguasaan bola tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Munich memerlukan koordinasi yang baik antara barisan, terutamanya dalam pertahanan.

“Ia jelas akan menjadi perlawanan yang sukar. Adalah penting untuk pertahanan kami tersusun dengan baik,” sambung De Ligt.

De Ligt kekal waspada dengan penyerang Man City yang laparkan gol, Erling Haaland.

Pemain kebangsaan Norway itu adalah antara penyerang terbaik ketika ini. Menjaringkan gol adalah hobi dan kegemarannya. Dan dia menganggap itu rutin masa lapangnya.

30 gol dalam 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris adalah bukti jelas keganasannya di hadapan gawang.

Haaland juga berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhir Man City selepas dia tidak dapat bermain sebelum ini kerana kecederaan.

Walaupun berhati hati dengan dengan penyerang itu, De Ligt tenang dan nampaknya tahu bagaimana untuk menghalangnya.

Pemain pertahanan itu berpendapat Haaland akan berbahaya hanya apabila rakan sepasukannya memainkan hantaran yang baik kepadanya.

“Haaland adalah pemain yang hebat, tetapi ia akan menjadi sukar baginya jika dia tidak mendapat hantaran yang baik daripada rakan sepasukannya.”

De Ligt sebelum ini pernah menyatakan bahawa Bayern Munich adalah kelab lebih baik dalam UCL berbanding Juventus. Dia menilai Bayern dari segi keinginan dan karakter yang ada.

Itu antara sebab kenapa De Ligt meminta untuk dijual ke kelab gergasi Jerman itu.

Thomas Tuchel menyatakan bahawa aksi kali ini mereka akan tampil sebagai anjing bawahan ataupun underdog. Sementara Man City dianggap pasukan pilihan kerana serba serbi kuat serta beraksi di tempat sendiri.

Tuchel pasti sedar bahawa Julian Nagelsmann sebelum ini mencatatkan rekod kemenangan dalam kesemua aksi UCL Bayern musim ini sebelum dia dipecat.

BACA:  Cubaan Bayern Munich Dapatkan Khidmat De Gea Tidak Menjadi Kenyataan Selepas Dibantah Tuchel