Raiola: Balotteli Mungkin Kembali Merumput Di England Atau Itali

Penyerang penuh kontroversi, Mario Balotelli akan kembali bermain di England atau Itali apabila kontrak beliau bersama Nice tamat hujung musim nanti, ujar ejen pemain tersebut Mino Raiola.

Raiola turut mendakwa bekas penyerang Manchester City dan Liverpool ini bersedia untuk pulang beraksi di Serie A, sambil menambah beliau juga sedang berbincang dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris pada masa yang sama.

Raiola juga berkata Balotteli merupakan antara penyerang terbaik dunia ketika ini dan sepatutnya bernilai €100 juta jika tidak kerana kontraknya tamat beberapa bulan lagi.

Balotelli hampir pasti akan meninggalkan Perancis musim panas ini dan kepulangan ke England atau Itali mungkin berlaku pada musim hadapan.

Beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sejak menyertai Nice musim lalu, dan musim ini menyaksikan beliau kembali ke tahap yang terbaik. Setakat ini, Balotelli telah berjaya menjaringkan 21 gol dari 29 penampilan dalam semua pertandingan buat Nice.

Ejen Balotelli mendakwa beliau kini sedang berbincang dengan beberapa buah kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Balotelli secara percuma musim hadapan, tetapi Raiola menegaskan Balotelli tidak akan kembali beraksi bersama kelab lamanya, AC Milan.

Balotelli kembali menunjukkan taringnya yang sebenar di Ligue 1

“Mario Balotelli merupakan bersedia untuk kembali merumput di Itali. Beliau berada dalam kelompok 10 penyerang terbaik dunia ketika ini, dan penyerang nombor satu yang dimiliki oleh Itali.”

“Balotelli bernilai €100 juta tetapi beliau akan menjadi free agent tidak lama lagi. Jadi berbaloi untuk kelab di luar sana mendapatkan khidmat beliau.”

“Saya sedang berbincang dengan beberapa buah pasukan dari England dan Itali. Saya ada bercakap dengan wakil daripada Juventus, Roma, Inter, dan Napoli.”

Apabila ditanya adakah Balotelli teringin untuk kembali bermain dengan pasukan kegemarannya iaitu AC Milan, Raiola berkata,

“Tidak, beliau tidak akan pulang ke sana. AC Milan memiliki direktor sukan bernama Massimiliano Mirabelli dan saya tidak boleh bercakap dengannya. Kedudukan Mirabelli terlalu tinggi buat saya.”

Balotelli merupakan pemain yang baru sahaja berusia 27 tahun tetapi sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bolasepak peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Beliau merupakan produk akademi Inter Milan dan pernah bermain di bawah kendalian Jose Mourinho selama dua tahun di sana.

Balotelli dan Mancini bergaduh di padang latihan

Persembahan cemerlang beliau bersama Itali di Euro’12 menyaksikan Manchester City berbelanja besar untuk membawa pemain ini ke England. Beliau berjaya membantu The Citizens menamatkan kemarau Liga Perdana Inggeris dan memenangi beberapa trofi domestik lagi.

Tetapi waktu beliau di Etihad dipenuhi dengan beberapa insiden kontroversi antaranya adalah pergaduhan dengan pengurus pasukan, Roberto Mancini dan juga rakan sepasukan, Micah Richards.

Beliau dijual kepada AC Milan dan kembali menunjukkan prestasi yang cemerlang bersama kelab tersebut. Selepas semusim bersama Milan, pengurus Liverpool ketika itu, Brendan Rodgers melihat Balotelli sebagai pengganti kepada Luis Suarez yang baru sahaja berpindah ke Barcelona.

Walaubagaimanapun, beliau gagal menyesuaikan diri bersama Liverpool dan dipinjam kembali kepada Milan. Tidak lama selepas itu, beliau dilepaskan Liverpool dan pemain ini menyertai Nice dimana kariernya kembali memuncak.

BACA:  Paolo Maldini Kini Calon Pilihan Utama Pengarah Sukan Man Utd