Raiola: Manchester United Jimat €100 Juta Ketika Beli Pogba

Ejen bolasepak tersohor, Mino Raiola mendakwa Manchester United mendapatkan khidmat Paul Pogba dengan yuran perpindahan yang agak murah, sambil menambah Pogba sepatutnya bernilai  €100 juta lebih tinggi dari harga asal.

Manchester United menggemparkan arena bolasepak dengan membayar nilai perpindahan rekod dunia untuk membawa masuk Paul Pogba ke Old Trafford dari Juventus pada tahun 2016.

Pog-dab pernah bergelar pemain termahal dunia suatu ketika dahulu

United dilaporkan membayar €105 juta untuk khidmat Pogba, sekaligus memintas jumlah yang dibayar Real Madrid terhadap Gareth Bale sebelum itu.

Walaubagaimanapun, nilai perpindahan Pogba telah dipintas beberapa kali dalam masa 12 bulan yang terakhir ini, dengan Neymar kini muncul pemain termahal dunia selepas Paris Saint-Germain membayar  €222 juta kepada Barcelona bagi membolehkan pemain tersebut berpindah ke Ligue 1.

Selain Neymar, pemain seperti Philippe Coutinho, Ousmane Dembele, dan Kylian Mbappe telah dibeli dengan jumlah yang lebih mahal daripada Pogba sepanjang tahun 2017 dan 2018.

Ejen Pogba, Mino Raiola berkata pemain tengah antarabangsa Perancis itu sepatutnya bernilai lebih tinggi daripada jumlah yang dibayar United pada tahun 2016, dan mendakwa United telah jimat €100 juta dengan mendapatkan Pogba lebih awal.

United jimat 100 juta dapatkan khidmat Pogba lebih awal. Hahahaha

Raiola turut mendedahkan kewujudan satu klausa dalam kontrak Pogba di Juventus yang membolehkan pemain tersebut memilih kelab beliau yang seterusnya. Hati Pogba pada ketika itu sudah ‘tertinggal’ di Manchester United, kelab yang ditinggalkannya pada tahun 2012.

“Selagi hak penyiaran di televisyen meningkat setiap tahun, para pemain berhak dibayar dengan jumlah yang lebih tinggi.” Ujar Raiola ketika ditemuramah sebuah majalah dari Belanda, Quote.

“Saya tidak menekan harga pemain melebihi had yang ditetapkan. Lihatlah apa yang berlaku dalam  kes Pogba. Manchester United membayar  €100 juta untuk khidmat Pogba – tetapi saya rasa Pogba sepatutnya berharga  €200 juta.”

“Pogba merupakan pemain yang dibawa masuk dengan harga yang murah. Beliau mempunyai satu klausa dalam kotraknya yang mengatakan beliau berkuasa untuk memilih kelab yang ingin disertainya musim hadapan, bukan Juventus.”

“Juventus tidak boleh membuat keputusan dalam kes Pogba. Pemain berkuasa sepenuhnya. Juventus berpeluang menjual Pogba kepada Real Madrid dengan harga  €200 juta – jadi Manchester United sebenarnya telah jimat  €100 juta.”

Raiola (bukan botak tu) bersama clientnya, Zlatan.

Juventus mendedahkan Raiola merupakan pihak yang mendapat keuntungan paling banyak dari penjualan Pogba, dengan laporan mendakwa Raiola membawa pulang  €27 juta.

Raiola merupakan ejen yang tidak asing lagi dalam dunia bolasepak. Beliau merupakan ejen kepada beberapa pemain ternama seperti Zlatan Ibrahimovic, Mario Balotelli, Romelu Lukaku, dan Marco Verratti. Jadi tidak hairanlah beliau disenaraikan antara ejen terkaya di dunia pada masa kini.

Raiola baru sahaja membantu salah seorang pemain dibawah jagaan beliau iaitu Zlatan Ibrahimovic mendapatkan kontrak lumayan di Amerika Syarikat. Zlatan telah dilepaskan United lebih awal dari septatunya bagi membolehkan beliau beraksi bersama LA Galaxy di Major League Soccer yang bakal bermula tidak lama lagi.

BACA:  Southgate Nasihatkan Maguire Tinggalkan MU Atau Terlepas Peluang Wakili England