Raiola: Mkhitaryan Kunci Utama Perpindahan Sanchez ke Manchester United

Ejen bolasepak terkemuka dan juga ejen yang mewakili Henrikh Mkhitaryan, Mino Raiola berkata Mkhitaryan memegang kunci utama dalam rancangan Manchester United untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez.

Raiola turut berkata Mkhitaryan hanya akan meninggalkan United jika Arsenal dapat memenuhi kehendaknya dan tidak terdesak untuk keluar dari Old Trafford kerana masih mempunyai kontrak yang lama bersama Red Devils.

Aku lagi penting dari Sanchez

Arsenal dilaporkan bersedia untuk melepaskan Sanchez ke Manchester United jika Mkhitaryan bersetuju untuk menyertai Arsenal. Pemain antarabangsa Armenia ini masih lagi belum memberi kata putus sama ada mahu menerima tawaran Arsenal atau terus kekal di United.

Raiola yang mewakili Mkhitaryan telah berjumpa dengan pegawai atasan Arsenal minggu ini bagi membincangkan terma dan syarat dalam kontrak untuk pemainnya itu. Beliau juga berusaha untuk mendapatkan bayaran upah ejen yang tinggi kerana pembabitan beliau dalam melaksanakan perpindahan mega ini.

Arsenal sebelum ini meminta mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Sanchez pada jendela perpindahan Januari ini supaya membayar £35 juta secara penuh.

Mino Raiola. Antara individu paling dibenci dalam bolasepak

Manchester City enggan menawarkan Arsenal jumlah tersebut dan telah menarik diri dalam perlumbaah mendapatkan Sanchez, meninggalkan Manchester United dan Chelsea sahaja untuk bersaing.

Akan tetapi, laporan terbaru mengatakan United telah menawarkan Mkhitaryan kepada Arsenal dalam perjanjian pertukaran pemain, tanpa sebarang tambahan wang.

Raiola menegaskan rancangan Jose Mourinho untuk membawa masuk Sanchez ke Old Trafford tidak akan berlaku jika Mkhitaryan tidak bersetuju untuk menyertai Arsenal.

“Manchester United tidak akan menandatangani Alexis Sanchez sehinggalah Mkhitaryan bersetuju menyertai Arsenal.”

“Mkhi akan melakukan perkara yang dirasakan terbaik buatnya. Beliau masih mempunyai kontrak 2 tahun setengah lagi bersama United, jadi keputusan terletak di tangan beliau ketika ini.”

Cepat la Wenger beli Miki

Raiola turut menafikan kenyataan yang mengatakan Mkhitaryan adalah sebahagian dari perjanjian Sanchez, tetapi Sanchez sebenarnya adalah sebahagian dalam perjanjian Mkhirtaryan.

“Sanchez adalah sebahagian dari perjanjian Mkhirtaryan ke Arsenal, dan bukan sebaliknya.”

Arsenal berdepan kesukaran untuk meyakinkan Mkhitaryan bagi menyertai mereka kerana gaji mingguan semasa pemain tersebut di United adalah sekitar £180,000 seminggu.

Nilai gaji tersebut melebihi gaji tertinggi yang diterima pemain Arsenal ketika ini dan Arsenal perlu menyamai jumlah tersebut jika mahu perjanjian ini diteruskan.

Tambahan pula, disebabkan Mkhitaryan tidak meminta untuk berpindah, United perlu membayar ‘loyalty fee’ kepada pemain tersebut bagi memastikan perjanjian ini dapat dilakukan.

BACA:  Friendly Match: Cadiz 4-2 Manchester United