Raiola Nafi Kenakan Syarat Yang Gila Babi Lagi Tidak Masuk Akal

Super Ejen, Mino Raiola telah menafikan dakwaan beliau mengenakan syarat yang gila babi lagi tidak masuk akal kepada pasukan Barcelona yang mahu mendapatkan Erling Braut Haaland.

Mino Raiola dan bapa kepada Erling Braut Haaland, Alf Inge Haaland kini giat menjalankan jelajah kempen pemasaran bagi menjual Haaland dengan harga yang setinggi mungkin.

Setakat ini sah, Mino Raiola dan Alf Inge Haaland telah berjumpa dengan Barcelona serta Real Madrid bagi berunding potensi untuk perpindahan direalisasikan.

Laporan dari Barcelona menyatakan bahawa Raiola dan ayah Haaland meletakkan syarat yang boleh dikatakan tidak masuk akal untuk perpindahan pemain tersebut.

Lebih menarik dan agak gila oik! oik! apabila telah terbocor syarat yang menyatakan bayaran bonus peribadi yang mereka akan nikmati beserta gaji Erling Braut Haaland.

RAC1 melaporkan, ada tiga syarat utama dan satu syarat tambahan diletakkan Raiola dan Alf Haaland kepada Barcelona.

1. Mino Raiola dapat €20 juta
2. Alf Inge Haaland dapat €20 juta
3. Gaji Haaland €30 juta setahun

Selain itu terdapat syarat tambahan oleh Mino Raiola kepada Barcelona di mana Lionel Messi terus kekal di Barcelona.

Benda yang tidak masuk akal dan gila ini merupakan satu perkara biasa bagi Raiola dan tidak hairanlah kenapa beliau menjadi ejen bola sepak paling dibenci.

Sebelum ini, Mino Raiola memaksa mana mana kelab yang mahukan Erling Braut Haaland dan juga Matthijs De Ligt untuk menerima syarat memasukkan klausa pelepasan €150 juta.

Erling Braut Haaland turut dimasukkan klausa serupa dengan nilai lebih rendah iaitu €75 juta. Membuatkan beberapa kelab sebelum ini tak setuju.

Borussia Dortmund bersetuju dan yakin pemain itu akan kekal lama di kelab. Namun situasinya sekarang Dortmund berpotensi menjual Haaland lebih awal kerana jika masuk tahun 2022, klausa pelepasan itu akan automatik teraktif.

Perpindahan Matthijs de Kigt gagal disebabkan syarat ini dan Juventus setuju dengan syarat tersebut untuk memilik pemain Belanda tersebut yang agak tenggelam kini.

Semasa perpindahan kembali Paul Pogba ke Manchester United dari Juventus, Raiola dilaporkan mendapat €25 juta daripada perpindahan itu sebagai bayaran ejen. #Pogback.

Ketika isu komisen tidak masuk akal ini mula bertebaran dan menjadi bualan seluruh media dunia, Raiola tampil menafikan perkara ini dan menganggap itu satu berita palsu.

Raiola menegaskan pertemuan dengan Barcelona dan beberapa kelab lain hanyalah berkaitan dengan projek kelab. Tiada perbincangan harga ataupun komisen di antara mereka semua.

Mino Raiola memulakan tugas sebagai ejen pada akhir lewat 1990-an. Tidak keterlaluan jika Raiola juga dilabel sebagai ejen bola sepak yang paling dibenci dunia.

Antara pemain menggunakan khidmat Raiola

Perpindahan utama pertama yang diuruskan oleh Raiola melibatkan perpindahan Pavel Nedved daripada Sparta Prague ke Lazio, sebelum menjana perpindahan pemain tersebut ke Juventus.

Nama Raiola semakin dikenali ramai apabila beliau mengikat Zlatan Ibrahimovic ketika pemain tersebut masih bersama Ajax.

Beliau kemudiannya bertanggungjawab akan perpindahan penyerang antarabangsa Sweden tersebut ke Barcelona, Inter Milan, PSG dan kemudiaannya Manchester United.

Musim panas 2016, Raiola sekali lagi menjadi perhatian apabila berjaya meyakinkan Juventus untuk menjual Paul Pogba untuk kembali menyertai Manchester United dengan nilai perpindahan £100 juta.

Selepas Pogba, Romelu Lukaku dan juga Henrikh Mkhitaryan adalah 2 lagi pemain dibawah kendalian Raiola berpindah ke Old Trafford. Untuk itu, beliau dianggap antara ejen bola sepak terbaik melengkapkan proses rundingan dalam industri ini.

Raiola mungkin tidak memiliki ramai pemain di bawah kendaliannya. Namun beliau mempunyai ramai nama besar di dalam bola sepak bernaung di bawah syarikat milik beliau.

Jumlah klien: 55

Klien utama: Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Blaise Matuidi, Henrikh Mkhitaryan, Marco Verratti, Erling Braut Haaland, Gianluigi Donnarumma

BACA:  Gary Neville Tibai Balik Pogba Dan Raiola