Rakaman Kekecewaan Messi Selepas Tewas Kepada Celta Vigo Tersebar

Lionel Messi merupakan insan yang paling kecewa dan tampak suram ketika perlawanan Barcelona menentang Celta Vigo, reaksi dan riak wajah Messi telah dirakam dan situasi ini tidak dapat dilihat di kaca televisyen.

Dalam perlawanan ini, Barcelona perlu menang untuk terus menghidupkan peluang bagi mengejar Atletico Madrid merebut kejuaraan La Liga, namun sebaliknya yang terjadi.

Barcelona terkulai layu dengan kebangkitan sensasi Celta Vigo di Camp Nou, sekaligus menutup peluang skuad Catalan untuk merebut kejuaraan.

Ateltico Madrid kini dua mata dipuncak dua mata di depan pesaing rapat Real Madrid dengan La Liga hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Dari rakaman yang dimuat naik oleh laman Youtube rasmi beIN SPORTS USA yang berjudul ‘As Not Seen On TV: Messi’s Frustration Against Celta Vigo’ mempamerkan emosi Messi dalam perlawanan ini.

Rakaman berdurasi tiga minit lebih ini menunjukkan Messi tidak terjua dengan persembahan pasukannya dan banyak menunjukkan reaksi kecewa.

Barcelona telah tersingkir daripada perebutan gelaran La Liga musim ini selepas tewas 2-1 kepada Celta Vigo di laman keramat mereka, Camp Nou.

Barcelona bermula penuh bergaya dengan jaringan pembukaan Lionel Messi pada minit ke-28 melalui tandukan menyudahkan umpanan Sergio Busquets.

Namun gol itu hanya kekal 10 minit sahaja apabila Santi Mina menyamakan kedudukan dengan rembatan yang membuatkan Marc-Andre ter Stegen menjadi tugu.

Santi Mina terus menjadi duri dalam daging Barcelona apabila menjaringkan gol kemenangan Celta Viga di penghujung perlawanan dengan rembatan jarak dekat.

Buat pertama kalinya sejak musim 2007/08, Barcelona menamatkan kempen La Liga di luar dua tempat teratas. Tanda sebuah kejatuhan?

Ketika Messi terciduk, bekas rakan sepasukannya, Luiz Suarez yang terbuang dan disampahkan oleh Barcelona mempamerkan aksi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Atletico Madrid juga hampir kehilangan mata namun berjaya melakukan kebangkitan dengan gol kemenangan hadir melalui Luiz Suarez dipenghujung perlawanan.

Osasuna hampir saja mencuri satu mata daripada Atletico Madrid selepas berjaya mengikat pasukan bimbingan Diego Simeone pada separuh masa pertama.

Luiz Suarez telah terlepas peluang keemasan apabila percubaannya telah terkena tiang dan bola situasi 1 vs 1 berjaya diselamatkan.

Pada minit ke-59 Stefan Savic telah meletakkan Atletico Madrid di depan namun jaringan itu telah dibatalkan.

Memasuki fasa akhir permainan Osasuna mendahului pada minit ke-75 melalui jaringan Ante Budimir melalui satu sundulan tajam yang diselamatkan di dalam gawang.

Renan Lodi menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian dengan satu rembatan deras di depan muka penjaga gol Osasuna.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri Luiz Suarez muncul wira dengan gol kemenangan.

Kemenangan tipis Real Madrid ke atas kelab anak jati, Athletic Bilbao hasil jaringan Nacho Fernandez sudah cukup untuk terus mengheret kejuaraan ditentukan pada hari terakhir.

Dua pasukan dari bandar Madrid akan menentukan siapa yang bakal bergelar juara dengan Atletico Madrid mempunyai kelebihan dua mata.

Pada perlawanan terakhir Real Madrid akan bertemu Villareal dan Real Valladolid menanti kunjungan Atletico Madrid. Zinedine Zidane perlu mengharapkan kekalahan pasukan Diego Simeone untuk bergelar juara.

Real Valladolid pasti berhabisan untuk menang kerana mereka kemenangan akan memberi peluang kepada mereka untuk terus kekal di La Liga.

Saingan peringkat bawahan juga sengit dan pasukan yang bakal tersingkir juga belum dapat disahkan lagi setakat ini dan hanya Eibar yang yang sudah mengesahkan penyingkiran.

BACA:  Media Indonesia Lapor Pemain Naturalisasi Garuda Bakal Jadi Rakan Sepasukan Messi Di Inter Miami