Para peminat mengesan yang Bruno Fernandes nampak sugul ketika pemain-pemain Manchester United meraikan gol jaringan Jadon Sancho bertemu Villareal awal pagi tadi.
Sancho akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester United, selepas melengkapkan perpindahan mega dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.
Beliau berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan padu ketika membantu setan merah menewaskan Villarreal 2-0 dalam aksi saingan Champions League.
Bruno Fernandes vs Villareal
87% pass accuracy
2 key passes
4/5 long balls completed
1 big chance created
1 assist24 minutes played… pic.twitter.com/uy7nY7Ht0l
— 🌊™️ (@RealistGlizzy) November 23, 2021
Harry Maguire dan Scott McTominay merupakan dua individu yang pertama meraikan gol tersebut bersama Sancho, dengan mereka dilihat tidak henti-henti memuji pemain sayap England itu.
Maguire didengari mengatakan:
“Kamu berhak untuk itu.”
Jerit Maguire sambil memeluk Jadon Sancho.
Walau bagaimanapun, tumpuan peminat lebih ke arah Bruno Fernandes yang dilihat langsung tidak gembira selepas bola rembatan kencang Jadon Sancho menerjah jaring gawang gol Villarreal.
Villareal 0-2 Manchester United.
Michael Carrick's side win a vital game in Spain after cameo performances from Bruno Fernandes and Marcus Rashford off the bench.
Jadon Sancho's goal wrapped up the result late on.
Football with @SkyIreland pic.twitter.com/JjtWLogFVQ
— Off The Ball (@offtheball) November 23, 2021
Pemain kebangsaan Portugal yang masuk sebagai pemain gantian itu berjaya mencatat assists untuk gol jaringan Jadon Sancho, namun beliau tak nampak gembira dengan gol tersebut.
Fernandes juga jarang untuk tidak meraikan gol ketika pasukannya sedang mendahului dan reaksi yang beliau tunjukkan ketika Sancho menjaringkan gol membingungkan peminat.
🗣: “Well done, you deserve that!
🗣: “Get the f*ck in, that’s what I’m talking about!”
The players reaction to Jadon Sancho’s goal 💯
— United Zone (@ManUnitedZone_) November 23, 2021
Sancho's first goal for Man United against Villareal.
(Assist: Bruno Fernandes) pic.twitter.com/08lDpd6rW2— Ihab 🔰🔰 (@Scout_ManUtd) November 23, 2021
Para peminat di media sosial mempersoalkan mengapa pemain kesayangan mereka itu nampak sugul sahaja ketika pemain lain meraikan gol Jadon Sancho.
“Adakah Sancho dan Fernandes ada masalah dalaman? Macam mana dia boleh tak raikan gol pertama Sancho ketika dia yang catatkan assists, memang ada yang tak kena.”
“Bruno Fernandes nampak tak gembira dengan gol itu.. adakah ia ada kaitan dengan dia diketepikan dari kesebelasan utama? Atau ada masalah lain?”
“Adakah saya seorang sahaja yang perasan Bruno Fernandes nampak kecewa? Saya rasa mungkin sebab dia dimasukkan sebagai pemain gantian. Jarang kita tengok dia muram waktu kita dapat gol.”
“Saya harap Carrick dapat kawal suasana dalam bilik persalinan, reaksi Fernandes menunjukkan ada yang tak kena dan saya harap benda itu tak berlanjutan.”
Proud to score my first goal for @ManUtd in the best competition in world football @ChampionsLeague !
Great team effort from the boys tonight, we build from this. 🔴 pic.twitter.com/50Milb4Cc7— Jadon Sancho (@Sanchooo10) November 23, 2021
Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Michael Carrick telah memberi cabaran kepada pemain berusia 21 tahun itu untuk buktikan pada dunia kemampuan sebenar beliau.
Pengurus sementara Man Utd itu menyatakan bahawa:
“Dia rasa semakin selesa selepas bermain dengan cara bagaimana dia bermain.gol itu merupakan yang paling ketara dan untuk Jadon Sancho sendiri, ia akan memberi dia semangat yang luar biasa.”
“Saya rasa persembahan dia secara keseluruhannya, saya tahu bagaimana dia suka bola di kaki dia, di situlah dia paling gembira, tapi benda paling menggembirakan saya adalah usaha dan minat yang dia tunjukkan dalam perlawanan ini.”
“Ada ketika dia jarang mendapat bola tapi dia melakukan kerja dia dengan baik dan dia memainkan peranan penting dalam persembahan pasukan.”
Bruno vs Villareal
• 1 Assist
• 1 Key Pass
• 1 Big Chance CreatedBruno Fernandes was on the pitch for only 24 minutes! #mufc pic.twitter.com/WLmuYWKBZZ
— Dean (@DeanStat) November 23, 2021
“Dia dapat ganjaran untuk dia, dia menghidupkan permainan hari ini”
“Semuanya terpulang pada dia untuk selepas ini dan bagaimana untuk dia mulakan lagi, dia ada semua bakat dalam dunia dan dia akan dapat sokongan dari kami, itu sudah tentu.”
Ketika temu bual sama, Carrick turut menjelaskan alasan mengapa beliau tidak menurunkan Jadon Sancho dalam kesebelasan utamanya.
Carrick jelaskan mengapa Bruno Fernandes diletakkan di bangku simpanan
🗣 "It was tough for me – I think you can tell what Ole meant to everyone [at Man Utd]"
Manchester United caretaker boss Michael Carrick says it was difficult to see Ole Gunnar Solskjaer leave the club, but insists it's a privilege to take over at #MUFC. pic.twitter.com/5AOFZ9aEpq
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 22, 2021
Pengurus sementara Manchester United Michael ‘Caretaker’ Carrick telah menjelaskan dengan memberikan sebab musabab kenapa Bruno Fernandes berada di bangku simpanan ketika menentang Villarreal.
Dengan pemergian Ole Gunnar Solskjaer yang sudah tibanya masanya, Michael Carrick menjadi pengendali Manchester United yang kini dalam proses mencari pengurus Interim untuk memimpin sehingga ke akhir musim.
Bruno Fernandes merupakan pemain terbaik Manchester United selepas beliau tiba di Old Trafford tahun lalu namun Michael Carrick tidak teragak-agak untuk menurunkan Donny Van De Beek.
📋 Your United line-up to take on Villarreal…
— Manchester United (@ManUtd) November 23, 2021
Ramai menunggu kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Michael Carrick dalam perlawanan pertamanya yang pasti akan ada perubahan mengikut cita rasa beliau.
Kejutan Bruno Fernandes telah direhatkan bagi memberi peluang kepada Donny Van De Beek mengepalai jentera tengah dari kesebelasan utama adalah perkara rare dan berani.
Gandingan gandar berganda Scott McTominay dan Fred dikekalkan. Anthonya Martial bermula di sayap sebelah kiri dan Alex Telles turun menggantikan Luke Shaw yang mengalami kecederaan ketika tewas kepada Watford.
🎙 A pre-match word from our caretaker manager! 👇#MUFC | #UCL pic.twitter.com/hYMwwMupTv
— Manchester United (@ManUtd) November 23, 2021
Sebelum perlawanan berlangsung, Michael Carrick menjawab persoalan ramai dengan menjelaskan kenapa Bruno Fernandes direhatkan dengan alasan yang masuk akal.
“Tiada seorang pun pemain dalam pasukan berada dalam prestasi terbaik. Tiada apa yang nak disembunyikan dan kami tahu hakikat ini tetapi pemain perlu dipilih untuk pasukan.”
“Aku sukakan Bruno, dia seorang pemain yang menakjubkan dan seorang yang baik. Dia memberikan segalanya dan juga bermain banyak perlawanan.”
“Memilih pemain adalah satu tugas, kerana itulah aku di sini. Dengan pemain yang aku pilih ini tidak bermakna Bruno bukan pemain yang penting.”
Carrick: "I love Bruno, he's a fantastic player, great person. Ran his socks off but there's a team to be picked." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) November 23, 2021
Untuk setakat musim ini, Bruno Fernandes agak teruk dan bermain dibawah prestasi sebenar. Di Premier League Bruno hanya mencatatkan satu on target dalam dua bulan terakhir.
Ketika tewas kepada Watford Bruno hilang dipadang walaupun turun beraksi dan Donny Van De Beek mempamerkan aksi paling cemerlang maka tidak peliklah VDB dipilih.
Carrick dropping his two best players (Bruno & Rashford) for a must-win Champions League game is… well… it's a decision! https://t.co/i0rte2dRti
— Muhammad Butt (@muhammadbutt) November 23, 2021
“Saya hanya berkhidmat selama 48 jam, tetapi ada keputusan yang perlu dibuat dan pasukan yang perlu dipilih.”
“Pertukaran lima pemain adalah banyak untuk dipilih dalam Liga Juara-Juara, akan ada ramai pemain berpeluang memainkan peranan besar malam ini, dan hanya kerana seorang pemain berada di bangku simpanan tidak bermakna mereka tidak penting sama sekali.”
Sumber: SPORTbible