Reginaldo Teixeira yang merupakan seorang kenalan sahabat rapat dan ejen kepada Antony tampil mendedahkan rakaman perbualan telefon bersama salah seorang mangsa yang didakwa menjadi mangsa keganasan pemain sayap Manchester United, Antony.
Rakaman perbualan tersebut telah diterjemah ke dalam bentuk transkrip dan ia boleh menjadi bukti pemain antarabangsa Brazil itu sebenarnya adalah mangsa pembohongan wanita-wanita tersebut, termasuk bekas teman wanitanya, Gabriella Cavallin.
Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan kecederaan kepada bekas teman wanitanya, Cavallin.
Cavallin sebelum ini mendakwa dirinya dicederakan oleh pemain itu dalam beberapa insiden yang berlaku dari Jun 2022 sehingga 2023.
🚨 BREAKING: The United Stand has been provided with a phone conversation between Reginaldo Teixeira and Ingrid Lana about Antony.
This conversation was recorded on 07/07/23. pic.twitter.com/uvZllHk3ox
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) September 11, 2023
Selepas itu dua lagi wanita mendakwa diri mangsa kepada Antony, Rayssa de Freitas dan Ingrid Lana turut mendedahkan perkara sama pada 7 September lalu.
Ingrid Lana mendakwa dirinya dikasari dan ditilak ke arah dinding oleh Antony yang memaksa dia melakukan hubungan kelamin.
Melalui pendedahannya Lana turut mendakwa Teixeira cuba merahsiakan insiden tersebut untuk menyelamatkan karier Antony.
Namun tanpa disedari oleh Lana, Texeira sebenarnya turut merakam perbualan telefon di antara kedua-duanya yang dilakukan pada Julai.
Pada ketika itu Lana kononya cuba menghubungi Antony untuk mendedahkan perkara sebenar mengenali Cavallin sekali gus untuk menyelamatkan karier pemain itu – namun tidak dilayan oleh Antony.
Dan secara tiba-tiba Lana mendedahkan diri sebagai salah seorang mangsa selepas itu.
Berang namanya turut dikaitkan, Texeira kemudian tampil dengan bukti pembohongan oleh Lana, yang turut mendedahkan bagaimana Cavallin mencederakan diri untuk mengadakan bukti dicederakan Antony.
“Disebabkan nama saya turut dilibatkan oleh wanita dikenali sebagai Ingrid [Lana], maka saya berpendapat tiada gunanya menyembunyikan bukti audio dan perbualan dengannya,” kata Teixeira.
“Bukti ini menjelaskan siapakah dirinya yang sebenar dan juga semua penipuan yang didedahkannya baru-baru ini,” kata Teixiera di Instagram.
“Ingrid mulai menghubungi saya secara kerap dengan tujuan untuk membantu Antony di dalam kes melibatkan Gabriella.
“Tetapi dia mahu Antony untuk bercakap semula dengannya, dan itu tidak berlaku. Dalam perbualan telefon dilakukannya pada 7 Jun 2023, saya memutuskan untuk melakukan rakaman kerana mengsyaki adanya niat jahat.
“Saya Reginaldo Teixeira telah didedahkan mempunya keluarga, seorang anak gadis, dan teman wanita yang menjadi ibu kepada anak saya.
“Dan saya merasa terpanggil untuk tampil mendedahkan perkara sebenar kepada semua pihak. Semoga keadikan ditegakkan,” tulis Teixeira lagi.
Perbualan telfon ini menjelaskan bagaimana Gabriella Cavallin menipu mengenai kecederaannya dan membuatkan pemain sayap itu seolah-olah bersalah kerana melakukan serangan.
Ia juga menunjukkan Ingrid Lana pada mulanya berniat memberikan bantuan dan memberi keyakinan dia [Antony] tidak pernah cuba mencederakannya.
Melalui perbualan tersebut, Lana memberi bayangan mengenali Cavallin dan menyifatkan bekas teman wanita Antony itu sebagai iblis dan berniat jahat menghancurkan karier Antony.
Dipendekkan cerita dakwaan oleh Ingrid Lana baru-baru ini adalah kerana Antony enggan melayan kehendak wanita tersebut untuk bercakap dengannya.
Pendedahan terbaru ini mungkin membuktikan Antony tidak bersalah dan menjadi mangsa penipuan bersiri mereka yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa. Namun demikian keaslian rakaman tersebut turut belum dibuktikan kesahihannya.