Huru-hara dan kemalangan yang mengerikan diperlumbaan motosikal Grand Prix di Red Bull Ring, Spielberg, Austria terus berlaku dalam perlumbaan utama dan ditunggu-tunggu ramai, MotoGP.
Kemalangan ngeri telah berlaku dalam perlumbaan awal bagi kategori Moto2 yang melibatkan pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin El Pescao.
Kejadian ngeri ini berlaku selepas Enea Bastianini terjatuh selepas selekoh yang berbahaya. Kelompok belakang yang tiba dengan kelajuan tinggi menuruni bukit berjaya mengelakan motosikal Enea Bastianini yang berada di tengah trek perlumbaan.
Tetapi malang bagi Hafizh Syahrin yang gagal mengelak dan terus merempuh motosikal Enea Bastianini sehingga terburai. Mujur buat Enea Bastianini yang sempat melarikan diri ke tepi trek.
Hafizh Syahrin telah tercampak sebelum terseret dan pelumba lain sempat mengelak daripada melanggar El Pescao.
Doa yang baik-baik buat Hafizh Syahrin yang mengalami kemalangan di perlumbaan #Moto2 sebentar tadi. π€²π»
Red Flag terpaksa dinaikkan & race dihentikan buat seketika. #MotoGP #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Xd0PHb6Q0Q
β Team Malaysia (@TeamMsia) August 16, 2020
Pelumba veteran dan lagenda MotoGP, Valentino Rossi hampir saja menjadi mangsa motosikal terbang yang hanya lalu sahaja di depan matanya dengan kelajuan yang tinggi.
Pada pusingan kelapan satu kejadian tidak diingini berlaku antara Franco Morbidelli dan Johann Zarco yang telah terlibat dalam kemalangan di trek yang lurus yang menuruni bukit.
Kemalangan antara Franco Morbidelli dan Johann Zarco berlaku pada kelajuan 200 batu sejam kurang lebih 321 kilometer sejam.
OH MY GOD! π±
Johann Zarco and Franco Morbidelli collide in a HUGE CRASH and the bikes almost hit the other riders! π±#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/rsfukIEPRJ
β FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 16, 2020
Kemalangan yang berlaku pada kelajuan yang tinggi menyaksikan motosikal kedua-dua pelumba terus terseret dan terbang melepasi selekoh yang jauh di depan.
Motosikal terbang hanya melalui sahaja dibelakang Maverick Vinales dan betul-betul di depan mata Valentino Rossi. Mujur.
Franco Morbidelli masih sedar selepas kemalangan walaupun mengalami kecederaan dan beliau terpaksa di bawa ke hospital, manakala Johann Zarco kembali ke paddock.
Rakaman dari belakang motosikal Maverick Vinales.
HOW CLOSE WAS THAT!? π±
Maverick Vinales and Valentino Rossi survived a near death experience! #MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/VZT6y6Wu5V
β FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 16, 2020
Rakaman dari sudut pandang Valentino Rossi.
π±π±π±
How scary was this from Valentino Rossi's point of view!?#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/ZMrG6u4HyV
β FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) August 16, 2020
Kemalangan ini menyaksikan Red Flag atau bendera merah sekali lagi dikibarkan dan perlumbaan MotoGP terpaksa dimulakan semula.
Satu video rakaman daripada laman Twitter MotoGP, memaparkan reaksi Valentino Rossi yang tidak sanggup melihat ulang tayang video rakaman kemalangan tersebut.
Dengan kelajuan 321 kilometer sejam ko bayang la impak yang datang daripada motosikal terbang tersebut.
Hanya beberapa milisaat sahaja membuatkan Rossi terselamat dari kecelakaan yang amat dahsyat.
Rossi Tempat ke-5, Dovizioso Muncul Juara, Binder Terus Cemerlang
Walaupun tampak gugup dengan kejadian ngeri itu Valentino Rossi berjaya menamatkan perlumbaan ditangga ke-5 selepas perlumbaan kembali bersambung.
Pelumba Italy, Andrea Dovizioso yang mengumumkan tidak akan bersama Ducati bagi musim hadapan telah muncul juara di GP Austria ini.
How do you find the words to sum up such a crazy afternoon!!! π€―
Tune into #AfterTheFlag for all the post-race analysis, and there's lots to discuss!!! π#50DucatiWins | #AustrianGP π¦πΉhttps://t.co/deoyqHejUq pic.twitter.com/yCaP1Y6trt
β MotoGPβ’π (@MotoGP) August 16, 2020
Tempat kedua dihuni pelumba sepanyol Joan Mir daripada pasukan Suzuki dan Jack Miller melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.
Brad Binder terus mencuri tumpuan dalam perlumbaan yang menggerunkan ini apabila menamatkan perlumbaan ditempat ke-4 selepas bermula dari petak ke-17.
This young rookie is remarkable! πππ
From 17th on the grid to 4th! π€―
We're running out of things to say about @BradBinder_41 πͺ#AustrianGP π¦πΉ pic.twitter.com/LWfIwJrqxT
β MotoGPβ’π (@MotoGP) August 16, 2020
Selepas empat perlumbaan Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan ditangga kelapan masih terus mendahului carta pungutan mata dengan 67 mata.
Kemenangan ini telah melonjakkan Dovizioso ke tangga kedua carta keseluruhan pungutan mata dari tangga ke-4 minggu lalu dengan 56 mata.
Rider Championship 2020:
1. Fabio Quartararo β 67 mata
2. Andrea Dovizioso β 56 mata
3. Maverick Vinales β 48 mata
4. Brad Binder β 41 mata
5. Valentino Rossi β 38 mata
6. Takaaki Nakagami β 37 mata
7. Jack Miller β 36 mata
8. Franco Morbidelli β 31 mata
9. Joan Mir -31 mata
After recovering to P8 from the back of the grid at the restart, @FabioQ20 retains the championship lead! πͺ@AndreaDovizioso lifts himself to second overall! π#AustrianGP π¦πΉ pic.twitter.com/gydUBI6hcv
β MotoGPβ’π (@MotoGP) August 16, 2020