Rakaman Penyokong Membakar Suar dan Mercun Roket Semasa Perlawanan Malaysia VS Arab Saudi

Skuad Harimau Malaya mempamerkan permainan jauh lebih baik daripada aksi di Abu Dhabi, biarpun ketinggalan 2-1 kepada Arab Saudi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam malam ini.

Malaysia yang tampil dengan corak bertahan mendapat gol pertama perlawanan hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-70, sebelum Arab Saudi membalas dua gol menerusi Taisir Al-Jassim dan Mohammad Al-Sahlawi masing-masing pada minit ke-73 dan 76.

Bagaimanapun, perlawanan terpaksa dihentikan di minit-84 pada ketika pemain-pemain Harimau Malaya bertungkus lumus dan menunjukkan komitmen tinggi, apabila penyokong skuad negara membuat kecoh dengan membakar mercun roket, merosakkan kerusi dan membaling suar kearah padang. Dua penyokong Arab Saudi dilaporkan turut dipukul.

Setakat jam 11.30 malam, tiada wakil daripada mana-mana pihak termasuk daripada pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjelaskan apa tindakan susulan untuk perlawanan ini, bahkan tidak diketahui keputusan perlawanan.

Berbalik kepada perlawanan, diawal permainan Malaysia hanya melakukan serangan pertama selepas 22 minit perlawanan berlangsung, sebelum skuad Harimau Malaya meraih sepakan percuma di minit ke 27. Sepakan yang diambil oleh Safiq Rahim terkena tangan benteng Arab Saudi, namun tidak diendahkan pengadil perlawanan.

Malaysia dilihat bersemangat dan menunjukkan kesegeraan dengan melancarkan beberapa serangan, biarpun mudah dipintas pemain pertahanan lawan. Baddrol Bakhtiar melakukan rembatan deras pada jarak sekurang-kurangnya 23 meter pada minit ke-28, namun tertampan pertahanan Arab Saudi.

Bersambung babak kedua, Malaysia dilihat mengekalkan corak permainan dengan tidak bermain secara terbuka.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee melancarkan serangan menarik di minit ke-48 menerusi larian Wan Zack Haikal sebelum membuat hantaran mengelirukan kearah Matthew Davies. Hantaran Davies kearah depan gol ditanduk keluar oleh pemain lawan.

Safiq Rahim dilayangkan kad kuning apabila dia dipersalahkan kerana membantah keputusan pengadil selepas berlaku perlanggaran dengan pemain Arab Saudi.

Di minit ke-63, Wan Zack berjaya melepasi pertahanan lawan dan kemudian melakukan rembatan, bagaimanapun ia tersasar jauh.

Di minit ke-67, Ong Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan mengeluarkan Azamuddin Akil. Di minit ke-70, Amri Yahya melakukan hantaran lintang kearah Wan Zack sebelum pemain Kelantan itu menghantar ke belakang kepada Safiq untuk disempurnakan.

Bagaimanapun, tidak disangka, Arab Saudi hanya memerlukan tiga minit untuk menyamakan kedudukan selepas kaptennya, Al-Jassim melakukan rembatan untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Tiga minit kemudian, Al-Sahlawi pula meletakkan Arab Saudi di depan 2-1 selepas melakukan tandukan menarik.

Baca : Penjual Minuman Di Syaki Menyeludup Masuk Flare dan Mercun Ke Dalam Stadium

Kenyataan Yang Menyebabkan Richard Scully Di Kecam Peminat Bola Sepak Malaysia

Perkara ini nyata menimbukan kemarahan kepada Richard Scully yang menjadi tetau di studio. Namun kritikan Scully kepada Ultras nyata menimbulkan kemarahan para peminat bola sepak. Bukan itu sahaja penulis Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman telah menulis betapa kecewa beliau dengan Lekir juga telah mengundang kritikan – Selamat tinggal Lekir dan Ultras Malaya. Tiada sudah rasa bangga dan hormat. Kamu mengecewakan. Itulah luahan hati dan rasa Ada unsur-unsur mengungkit di situ.

Hasnizam Uzir dari Astro Arena juga menulis mengecam tindakan Ultras dengan nada yang keras, Kenapa Ikut Jadi Bangsat?

Highlight Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi

Baca Juga

Baca Juga