Ramalan Barisan Pemain Jurgen Klopp Musim Hadapan

Jika virus Covid-19 tidak menular sudah pastinya Premier League tidak akan digantung, dan semestinya Liverpool sudah menjulang kejuaraan pertama mereka sejak 30 tahun lalu.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp kini hanya dipisahkan enam mata sahaja untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Pasukan Liverpool juga sepatutnya pada hujung minggu ini mereka akan berkunjung ke Etihad dan menerima Guard Of Honour dari Manchester City.

Tetapi semua itu tidak berlaku kerana seluruh dunia kini diserang oleh penularan virus Covid-19.

Apa yang Liverpool mampu lakukan adalah hanya bersabar dan menunggu apa kesudahan liga musim 2019/20. Sama ada liga akan disambung atau dibatalkan.

Sekiranya Liga dibatalkan, the reds harus terus bangkit dan melupakan peristiwa hitam ini dan meneruskan kecemerlangan mereka di musim hadapan.

Tetapi ianya tidak semudah seperti disangka. Untuk bangkit dan meneruskan kecemerlangan bukan hal yang mudah.

Oleh itu, Jurgen Klopp mungkin akan membawa masuk muka baru untuk membantu pasukan meneruskan kecemerlangan mereka.

Musim ini adalah musim yang gemilang untuk Liverpool, namun beberapa rekod yang sepatutnya boleh dipecahkan oleh mereka menemui jalan kegagalan.

Mungkin dengan kehadiran pemain baru musim hadapan boleh mengubah semua itu.

Tetapi bagaimana senarai barisan pemain untuk pasukan Liverpool selepas jendela perpindahan musim panas nanti?

Liverpool Echo telah mendedahkan barisan kemungkinan untuk 25 pemain Liverpool untuk premier league musim 2020/21.

Ia termasuk dengan kemungkinan empat penandatanganan baru dan beberapa pemain muda yang diserap masuk skuad utama.

Penjaga Gol

Alisson Becker, Adrian dan Caoimhin Kelleher.

Loris Karius dijangka akan kembali ke Anfield musim panas nanti. Tetapi dengan disiplin yang ditunjukkan dan aksi tidak menentunya, belum tentu Klopp akan memberi kepercayaan kepada pemain ini.

Memandangkan Adrian juga kerap melakukan kesilapan mudah kebelakangan ini, Caoimhin Kelleher kemungkinan akan menjadi penjaga kedua dibelakang Alisson.

Pertahanan

Trent Alexander Arnold, Andy Robertson, Virgil Van Dijk, Joe Gomez, Joel Matip, Dayot Upamecano, Max Clark dan Neco Williams.

Memandangkan Dejan Lovren dijangka akan meninggalkan Liverpool musim depan, the reds harus mencari seorang pertahanan yang bagus sebagai pengganti beliau.

Dayot Upamecano antara calon terbaik, namun pemain muda Rb Leipzig itu mempunyai harga yang agak tinggi untuk dibeli.

Atau Liverpool boleh menggunakan khidmat pemain muda Max Clark. Pemain muda England itu kini beraksi bersama Vitesse Arnhem.

Max Clark boleh bermain diposisi pertahanan tengah dan pertahanan kiri. Mungkin beliau boleh menjadi pesaing untuk Robertson musim hadapan.

Dibahagian pertahanan kanan pula pemain berbakat seperti Neco Williams boleh menjadi pelapis yang baik untuk Trent Alexander Arnold.

Midfielders

Jordan Henderson, Gini Wijnaldum, Fabinho, Naby Keita, James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, Todd Cantwell dan Curtis Jones

Adam Lallana bakal tamat kontrak dan akan meninggalkan pasukan musim panas ini dan kekosongan yang ditinggalkan bakal diisi oleh Todd Cantwell.

Pemain dari Norwich itu telah mempamerkan persembahan yang mantap sepanjang musim ini di pentas premier league.

Sementara itu Curtis Jones juga bakal diserap untuk menyertai pasukan utama musim depan dan bakal mendapat peluang untuk beraksi atas apa dipersembahkan pada musim ini.

Penyerang

Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino, Takumi Minamino, Timo Werner dan Divock Origi

Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino merupakan trio terhebat dunia setakat ini dan juga trio terpenting untuk jentera serangan Liverpool.

Tetapi untuk mendapat jentera serangan yang lengkap Liverpool kerap dikaitkan dengan penyerang Leipzig Timo Werner.

Jika skuad ini yang terbentuk musim hadapan. Pasukan Liverpool akan jadi lebih hebat dari pasukan sedia ada yang berjaya memenangi tiga Piala Antarabangsa.

Dengan pertambahan pemain diposisi pertahanan, tengah dan serangan, serta Klopp tidak kehilangan pemain utamanya, tidak mustahil Liverpool akan menakluki dunia sekali lagi.

Mereka ada pemain utama yang hebat, pemain simpanan yang luar biasa mantap dan adunan pemain senior serta pemain muda yang sangat cemerlang.

Dengan gabungan itu, tidak mustahil Liverpool akan menjulang beberapa piala utama musim hadapan.

BACA:  EFL Cup 2021/22: Preston North End 0-2 Liverpool