Ramalan Kesebelasan Newcastle Sekiranya Mendapat Pemilik Baru

Newcastle United mungkin akan menandatangani bintang-bintang besar bola sepak seperti Kylian Mbappe selepas mereka mendapat pemilik baru.

Berita tentang pasukan Newcastle akan dijual dengan nilai £300 juta semakin hangat diperbincangkan dan sepertinya perkara itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut laporan dari Sky Sports, Mike Ashley sedang dalam perundingan serius dengan bakal pembeli Newcastle yang dikhabarkan seorang bangsawan dari Arab Saudi.

Mohammad bin Salman’s investment group kini semakin menghampiri untuk melengkapkan pembelian mega £300 juta untuk mengambil alih Newcastle.

Kemungkinan besar selepas dari proses pengambil alihan selesai, pemilik baru bakal mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan pemain baru bagi jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Mungkin mereka tidak boleh mengeluarkan dana besar terus untuk satu musim kerana mematuhi peraturan financial fair play.

Namun Newcastle masih boleh berbelanja kerana Mike Ashley sebelum ini tidak pernah berbelanja besar untuk mendapatkan mana-mana pemain.

TalkSport telah mencalonkan beberapa pemain yang berpotensi untuk menjadi kesebelasan utama Newcastle musim hadapan sekiranya mereka mengikut jejak Chelsea dan Manchester City yang berbelanja besar selepas bertukar pemilik.

Antara pemain yang dicalonkan untuk menyertai Newcastle musim hadapan adalah Mbappe, Moussa Dembele, Boubakary Soumare dan Kyle Walker.

Selain para pemain yang boleh ditandatangani, mereka turut memilih pemain sedia ada dan menamakan kesebelasan terbaik untuk Newcastle untuk musim hadapan.

Kebarangkalian kesebelasan pilihan Newcastle:

– Martin Dubravka

– Danny Rose

– Kyle Walker

– Jerome Boateng

– Jamaal Lascelles

– Sean Longstaff

– Boubakary Soumaré

– Allan Saint-Maximin

– Miguel Almirón

– Kylian Mbappe

– Moussa Dembele

Namun selain memiliki barisan pemain yang semantap ini, Newcastle turut dilaporkan mahu mendapatkan pengurus pasukan yang baru.

Mereka dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas pengurus pasukan Juventus Massimiliano Allegri untuk menggantikan Steve Bruce.

Namun semuanya hanya akan berlaku sekiranya Mike Ashley benar-benar mahu menjual Newcastle kepada Mohammad bin Salman’s.

Jika beliau u turn dan mengubah fikirannya, maka semua ini sekadar dogengan dan sekadar angan-angan dari peminat Newcastle.

Sehingga kini masih belum ada apa-apa kesepakatan atau persetujuan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Namun sepertinya, Mike Ashley benar-benar mahu melepaskan pasukan Newcastle sebelum bermulanya musim baru nanti.

Sekiranya perundingan ini berlaku, Mohammad bin Salman’s beruntung mendapatkan pasukan yang tidak banyak berhutang seperti Newcastle.

Newcastle harus bijak untuk mencari penaja terlebih dahulu untuk menaikkan nilai pasukan sebelum memulakan menandatangani lebih ramai pemain.

Sekiranya mereka mampu untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah, Newcastle akan kembali menjadi kuasa besar dalam bola sepak Inggeris.

BACA:  Peminat Anggap Jersi Terbaru Newcastle Menampilkan Ciri Arab Saudi Yang Berlebih-lebihan