Ramalan Penghujung Musim Football Manager 2017

Permainan popular keluaran Sports Interactive, Football Manager baru-baru ini telah membuat simulasi Liga Perdana Inggeris sehingga ke penghujung musim. Segala data pemain dan pasukan telah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan pemain baru selepas jendela perpindahan Januari yang baru sahaja ditutup.

Selepas simulasi menerusi satu super komputer dilakukan, berikut adalah kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas 38 perlawanan.

Juara – Chelsea

Kalau dilihat berdasarkan prestasi semasa, Chelsea sememangnya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan. Permainan yang cukup konsisten di bawah bimbingan Antonio Conte di samping jentera tengah yang dikepalai Ngolo Kante cukup membantu The Blues.

Chelsea juara buat kesekian kalinya

Walaubagaimanapun dalam simulasi ini, Chelsea terpaksa berhempas pulas untuk memenangi liga dengan tewas kepada West Ham, Stoke dan Bournemouth.

Kedua – Tottenham Hotspur

Seperti musim lalu, mereka terkulai layu di hujung musim. Tottenham mengekalkan momentum cemerlang dengan 10 perlawanan tanpa kalah daripada pertengahan Februari sehingga awal Mei. Ini termasuklah menewaskan Stoke, Everton, Swansea dan Leicester, selain seri dengan musuh setempat, Arsenal.

Sedih…

Tapi kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Spurs hanya mengutip satu mata dalam empat perlawanan terkahir mereka sekaligus menyerahkan mahkota kejuaraan kepada pasukan Biru Itu.

Ketiga – Arsenal

Arsenal dijangka membuat kejutan dengan menyerahkan tangga keempat kepada pasukan lain dengan prestasi tanpa kalah dari Februari sehingga tamat musim. Namun menyedari kesilapan mereka, Wenger cuba untuk menurunkan Arsenal ke tangga keempat dengan deretan keputusan seri, namun gagal.

Wenger bengang kerana gagal mendapatkan tempat keempat dua musim berturut-turut.

Mereka kekal di tangga ketiga. Semoga musim berikutnya Arsenal berjaya menduduki tangga keempat.

Keempat – Manchester City

Percubaan pertama Pep Guardiola nampaknya sekadar melayakkan City ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara, bukan mendapat kejuaraan seperti Barcelona dan Bayern Munich. Mungkinkah Pep akhirnya sedar tinggi rendah langit?

Selepas 38 perlawanan, City menamatkan liga hanya dua mata di atas pasukan di tangga kelima. Makin tertekan lah Pep jawabnya musim depan.

Kelima – Manchester United

Keengganan Mourinho untuk meletakkan Pogba dan Zlatan ke bangku simpanan membawa padah apabila kedua-dua pemain ini mengalami kemarau gol sehingga tamat musim, dan meletakkan United sebagai pakar seri dengan 13 perlawanan. Mourinho dilaporkan berang dengan pemain kerana mereka gagal mengekalkan kedudukan di tangga keenam.

Pogba dikhabarkan bersara daripada bola sepak untuk fokus ke bidang saloon

Keenam – Liverpool

Tekanan demi tekanan yang dihadapi Klopp ternyata mengganggu prestasi Liverpool apabila tewas kepada Arsenal, Manchester City, Stoke, Southampton dan juga Everton. Para penyokong pula dikatakan mula memuatnaik hashtag #nextyearisouryear di akaun media sosial masing-masing.

Respon peminat Liverpool

Pasukan yang turun liga

Tangga ke-18 – Sunderland

Tangga ke-19 – Middlesborough

Tangga ke-20 – Hull City

Leicester City berjaya mengelakkan diri daripada tersingkir dengan 34 mata di tangga ke-17, sekaligus tidak mencipta sejarah juara bertahan pertama Liga Perdana yang turun liga.

Berikut adalah keputusan penuh ramalan FM2017.

Baca Juga

Baca Juga