Ramalan Redknapp Pada 2018 Van Dijk Bakal Bawa Liverpool Ke Tahap Lebih Tinggi Tenyata Benar

Maka benarlah kata-kata bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp pada tahun 2018 yang percaya Virgil van Dijk mampu membawa Liverpool ke tahap yang lebih tinggi dan turut berkata Liverpool berpeluang besar untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

Redknapp yang bekerja sebagai pengulas sukan di Skysports pada ketika itu berharap pembelian Van Dijak yang memecah rekod kelab bernilai £75 juta mampu memberikan suatu kelainan baru buat pasukan Liverpool.

Dalam masa yang sama Redknapp turut menambah Liverpool harus mencari penjaga gol baharu musim panas (2018) bagi menggantikan penjaga gol sedia ada yang tidak konsisten.

Siapa lagi penjaga gol Liverpool yang tidak konsisten tidak lain tidak bukan, penjaga gol paling kelakar di muka bumi, Loris Karius dan Simon Mignolet yang boleh tahan kelakarnya.

Pada musim 2017/18 menyaksikan Liverpool sekali lagi kempunan dalam misi mereka merangkul trofi Liga Perdana Inggeris di mana . Manchester City jauh meninggalkan pasukan pencabar lain tetapi Liverpool wajar diberikan kredit kerana berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah anak buah Pep Guardiola musim itu.

Walaupun memiliki jentera serangan terbaik di England, masalah besar Liverpool adalah pada bahagian pertahanan yang sering kali dibolosi dengan mudah. Jurgen Klopp akhirnya berjaya masuk pemain sasarannya musim panas lalu, Virgil Van Dijk pada jendela perpindahan Januari dalam usaha beliau memperbaiki aspek pertahanan The Reds.

Pada ketika itu, Januari 2018, ramai gelisah dengan pemergian Philippe Coutinho ke Barcelona selepas membuat drama sakit belakang dan ramai berpendapat prestasi Liverpool pasti menurun.

“Liverpool berjaya menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan jumlah yang sangat besar, dan membawa masuk pemain yang sangat diperlukan Liverpool, Virgil van Dijk dengan nilai £75juta.”

“Saya percaya Liverpool sangat memerlukan pemain pertahanan baru daripada mereka memerlukan Coutinho. Jika Liverpool berjaya membawa permainan Van Dijk ke tahap yang seperti mereka harapkan dan menjadi pemimpin di bahagian pertahanan, pemain ini mampu menjulang Liverpool ke satu tahap yang lebih tinggi.”

“Musim depan (2018/19), Liverpool sudah boleh bersedia untuk bersaing dengan Manchester City. Melihatkan kekuatan Liverpool di bahagian serangan dan kelemahan di bahagian pertahanan, perjanjian Van Dijk merupakan urusniaga yang sangat baik buat kelab.”

Redknapp ketika berkata kepada Skysports, percaya Klopp telah menyelesaikan masalah bahagian pertahanan tetapi Liverpool perlu mencari penjaga gol baru jika mereka serius mahu mencabar kejuaraan liga.

“Posisi seterusnya yang perlu diperbaiki Klopp adalah penjaga gol. Tetapi saya rasa Liverpool perlu menunggu sehingga musim panas nanti.”

“Simon Mignolet dan Loris Karius adalah dua penjaga gol yang baik tetapi apabila kita melihat Ederson di Manchester City yang mampu mengubah keputusan sesuatu perlawanan.”

“Musim lepas (2017/18), Claudio Bravo sangat gementar dan rapuh. Walaupun Ederson ada melakukan kesilapan jarang seperti yang kita lihat ketika perlawanan Liverpool, beliau telah menampilkan persembahan yang sangat cemerlang buat City.”

Ternyata benar telahan Redknapp bahawa Van Dijk akan membawa Liverpool ke tahap lebih tinggi, impak segera diberikan oleh Van Dijk yang memberi kestabilan di jentera pertahanan dan menenangkan bahagian tengah.

Kurang 6 bulan kehadiran Van Dijk, Liverpool telah ke final Champions League dan tewas kepada Real Madrid hasil lawak kelakar dari Karius yang menjadi ikon kepada satu kebodohan.

Liverpool telah mendapatkan Alisson Becker pada jendela perpindahan musim panas 2018 dan hasilnya pada musim 2018/19 Liverpool telah muncul juara Champions League buat kali ke-6.

Musim 2018/19 juga menyaksikan Liverpool menamatkan saingan Premier League satu mata dibelakang Manchester City dan muncul juara liga selepas hampir 30 tahun pada musim 2019/20.

Ternyata kehadiran Van Dijk kemudian Alisson Becker telah membawa Liverpool bukan ke tahap lebih tinggi tetapi ke tahap tertinggi seperti apa yang dipercayai Redknapp.

Musim 2021/22, Liverpool hampir mencipta empat kejuaraaan semusim atau quadraple tetapi terciduk di saat akhir. Namun dua piala berjaya didakap.

Kecederaan panjang Van Dijk pada musim 2020/21 menjadi bukti betapa pentingnya kehadiran Van Dijk dalam paskan.

Apa yang dicapai Liverpool sejak kehadiran Van Dijk sudah lengkap, tiga kali ke final Champions League dan juara Premier League dalam tempoh 5 tahun merupakan satu kejayaan besar.

Trofi dan Anugerah diterima Van Dijk untuk musim 2018/19 :

1. UEFA Champions League
2. UEFA Super Cup
3. UEFA Men’s Best Player award
4. PFA Player of the Year
5. Liverpool fans’ Player of the Year
6. Liverpool players’ Player of the Year
7. Premier League Team of the Season
8. Champions League Team of the Season
9. FIFA Club World Cup

BACA:  Kemaluan Besar Van Dijk Lolos Celah Kelangkang Diselamatkan Jones Dan Gakpo