Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe sudah meletakkan jawatan bagi menyahut cabaran sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan KFA dikatakan menolak perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe.
Mario Gomez telah diumum sebagai jurulatih Haraimau Malaya yang baru menggantikan Ong Kim Swee dan telah memilih Cheng Hoe sebagai pembantunya. Realitinya Gomez belum menerima jawatan tersebut dan masih bertarik tali kerana isu gaji.
Kelakarkan tetapi ubahlah mentaliti kita dengan menerima perkara ini dengan serius. Inilah cara pengurusan baru, korang apa tahu.
Ekoran pemergian Cheng Hoe beberapa nama pengganti telah naik sepert Kiatisuk Senamuang, Ramon Marcote dan Azraai Khor serta Claudio Ranieri.
Ramon Marcote dilihat sebagai calon kegemaran penyokong Kedah di mana Marcote pernah membawa Kedah ke final Piala Malaysia pada 2015 ketika Cheng Hoe pergi menyelesaikan kursus kejurulatihan di China.
Antara sebab Marcote menjadi pilihan kerana bekas penolong jurulatih Atletico Madrid juga sudah mengenali dengan dekat barisan pemain Kedah dan corak permainan Marcote mirip kepada apa yang diterapkan Cheng Hoe yang gemarkan hantaran pendek.
Sebelum ini Marcote meninggalkan Kedah disebabkan isu gaji kerana ketika itu nilai Ringgit Malaysia merudum sehingga sekarang dan keputusan dibuat KFA ketika itu tepat kerana Helang Merah terus terbang tinggi di bawah Cheng Hoe walaupun tanpa bantuan Marcote.
Jika isu kewangan menjadi sandaran KFA mungkin Azraai Khor calon yang memberi penjimatan.