Ramos : Iniesta Pasti Sudah Menang 2 Ballon d’Or Jika Menukar Nama

Pemain Lagenda hidup Barcelona, Andres Iniesta merupakan pemain yang tidak bernasib baik kerana tidak pernah memenangis anugerah Ballon d’Or ketika di puncak kerjaya.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos yang juga seteru Iniesta di kelab dan rakan seperjuangan di pasukan kebangsaan berpendapat Iniesta sudah pasti menang 2 Ballon d’Or jika menukar nama.

Produk La Masia

Ramos dengan bangga dan yakin melabel Iniesta sebagai pemain hebat namun jika berasal dari Brazil, Ballon d’Or pasti dalam genggaman.

“Jika Andre Iniesta bernama Andresinho, sudah pasti dua Ballon d’Or dalam tangan.”

Andres Iniesta sudah kali hampir menjadi pemain terbaik dunia yang menyaksikan beliau sekadar di tangga kedua dan ketiga.

2010

1st: Lionel Messi
2nd: Andres Iniesta
3rd: Xavi

2012

1st: Lionel Messi
2nd: Cristiano Ronaldo
3rd: Andres Iniesta

Iniesta berada dalam tiga teratas pada tahun 2010 dan 2012 dan ramai percaya bahawa gol kemenangan yang dijaringkan Iniesta di pentas Final Piala Dunia Afrika melayakkan Iniesta mendapat Ballon d’Or.

Namun anugerah itu menjadi milik Lionel Messi. Pada 2010 juga menyaksikan kecemerlangan Wesley Sneijder namun langsung tidak berada dalam 3 terbaik.

Iniesta kini berusia 33 tahun dijangka bakal meninggalkan Barcelona penghujung musim ini dan bermain di China bersama Chongqinv Lifan.

Bersama Barcelona, Iniesta telah memenangi trofi utama, 8 gelaran liga, 4 Kejuaraan Champions League. Bersama Spaim Iniesta meraih 2 juara EURO dan satu Piala Dunia.

Jumlah trofi milik Iniesta

Semua kejohanan utama dunia telah dikecapi Iniesta kecuali gelarab Liga Super dan Piala Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga