Ramos Memecahkan Rekod Pertahanan Yang Menjaringkan Gol Terbanyak Dalam Sejarah La Liga

Rekod jaringan luar biasa Sergio Ramos mencapai tahap baru pada hujung minggu lalu ketika beliau telah dinamakan sebagai pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah La Liga.

Ketua pasukan Real Madrid itu sangat terkenal sebagai pemain yang sering menjaringkan gol-gol penting untuk Los Blancos dalam beberapa tahun terakhir ini.

Beliau telah berjaya menjaringkan gol ke 118 dalam kariernya ketika bertemu Eibar minggu lalu dan meletakkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dari kebanyakkan pemain penyerang dalam senarai penjaring terbanyak.

Ahad lalu, beliau kembali menjadi penjaring untuk Real Madrid selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Real Sociedad dalam saingan La Liga.

Beliau membuka tirai jaringan untuk kemenangan skuad kendalian Zinedine Zidane pada malam itu dan membawa Real Madrid kembali ke persada carta La Liga.

Gol tersebut merupakan jaringan ke-68 peribadinya dalam saingan kelas atasan saingan liga Sepanyol dan beliau juga telah memecahkan rekod pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak milik pemain Barcelona, Ronald Koeman sebelum ini.

Kini Sergio Ramos telah dinamakan sebagai pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah saingan La Liga.

Ramos cuma menjaringkan dua gol sahaja dalam dua musim pertama beliau dalam saingan La Liga dengan beraksi bersama Sevilla sebelum beliau menandatangani perjanjian bersama Real Madrid pada tahun 2006.

Sejak dari itu beliau menjaringkan 66 gol dari 15 musim penampilannya bersama Juara 13 kali saingan liga Juara-juara Eropah itu.

Beliau juga menjadi pengambil sepakan percuma untuk skuad Real Madrid sejak pemergian Cristiano Ronaldo pada tahun 2018.

Gol jaringan beliau ketika bertemu Sociedad menerusi sepakan penalti merupakan penalti keempat beliau sepanjang musim ini dalam saingan La Liga.

Beliau cuma gagal sekali sahaja daripada 17 percubaan dalam jarak 12 ela sepanjang kariernya di ibu kota Sepanyol itu.

Selepas Barcelona terikat 0-0 dengan Sevilla, Real sudah tahu mereka bakal berjaya untuk memintas kedudukan Liga sekiranya mereka menang keatas Sociedad memandangkan kepada rekod head to head antara kedua pasukan seteru itu.

Ramos membuka tirai jaringan selepas 50 minit beraksi sebelum Karim Benzema menambah jaringan 20 minit kemudian untuk mengesahkan tiga mata berharga untuk Real Madrid.

Mikel Merino mendapatkan satu gol saguhati untuk Sociedad tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Pertembungan antara Ramos dengan penyerang Sociedad, Alexander Isak menyebabkan beliau tercedera dan digantikan dengan Eder Militao.

Selepas tamat perlawanan, Zinedine Zidane mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan:

β€œBuat masa ini ianya agak teruk tetapi saya rasa ianya cuma biasa sahaja saya fikir. Itu yang membuatkan saya rasa lega tetapi kita tengok sahajalah nanti. Buat masa sekarang masih agak teruk.”

Semoga pemain berusia 33 tahun itu segera sembuh dan boleh kembali beraksi sebelum saingan liga musim ini berakhir dan memecahkan rekod jaringannya sendiri pada musim ini.

Setakat ini, Sergio Ramos berjaya menjaringkan tujuh gol dalam saingan La Liga musim ini dan beliau masih berpeluang untuk menambah baik rekodnya pada baki perlawanan musim ini.

BACA:Β  Ramos Tawarkan Messi Sekeluarga Untuk Tumpang Di Rumahnya