Ramos Mengamuk Di Padang Latihan Selepas Disiku Pemain Remaja Real Madrid

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos gagal menahan kemarahannya selepas disiku pemain remaja Real Madrid, Sergio Reguilon ketika sesi latihan terakhir menjelang pertemuan menentang Plzen dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok.

Dalam insiden tersebut, Reguilon tidak menyangka tindakannya untuk bermanja dengan Ramos menyebabkan keadaan bertukar menjadi panas.

Ramos menunjukkan teladan yang buruk selepas merembat bola ke arah pemain remaja sebanyak dua kali

Reguilon yang baru berusia 21 tahun, melompat untuk menangkap bola dan pada masa yang sama bahunya terkena batang hidung Ramos. Pada mulanya Ramos seperti kelihatan ‘cool’ sahaja menahan kesakitan tetapi beberapa saat kemudian menyepak bola ke arah Reguilon yang terkejut.

Seperti budak Form 1 tunduk hormat kepada Form 5, Reguilon tidak bertindak balas dan membiarkan sahaja Ramos melepaskan api kemarahannya.

https://twitter.com/MHChehade/status/1054340828041224193

Seorang jurulatih Real Madrid yang berada berdekatan, mengesan situasi panas itu dan cepat meleraikan keadaan dengan memanggil para pemain untuk ‘drill’ latihan yang lain.

Namun begitu, api kemarahan Ramos masih belum reda sepenuhnya. Bagaikan singa yang tercalar maruah, Ramos terus mencarut ke arah Reguilon yang cuba mendekati Ramos seperti ingin meminta maaf atas kesilapannya tadi.

Malang buat Reguilon kerana buat kali kedua dalam masa kurang seminit, bola hinggap ke badannya hasil rembatan Ramos yang masih lagi panas. Reguilon sedar tiada guna untuk meminta maaf kepada kapten yang gila lalu meninggalkan Ramos berseorangan.

Sergio Reguilon, mangsa keganasan rumah tangga Real Madrid.

Ia merupakan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan kapten pasukan terhadap seorang pemain remaja yang baru hendak mengenal erti bola sepak.

Luka Modric yang melihat Reguilon dirembat buat kali kedua, cuba menenangkan Ramos manakala Keylar Navas hanya mampu tersenyum melihat Ramos hilang pertimbangan gara-gara insiden kecil yang tidak disengajakan. Bangang.

Rata-rata peminat Real Madrid mengecam tindakan Ramos tersebut sebagai satu perbuatan yang tidak profesional terutamanya apabila ia dilakukan terhadap seorang pemain remaja.

https://twitter.com/Adam62970439/status/1054359151302860801

BACA:  Liverpool Dilaporkan Sudah Mengadakan Pertemuan Dengan Ejen Bintang Real Madrid