Ramos Perli Rekod Buruk Klopp Dalam Perlawanan Akhir

Pemain pertahananan Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos meneruskan perang mulut beliau dengan Jurgen Klopp apabila memerli rekod buruk Klopp dalam perlawanan akhir.

Kapten Real Madrid ini menjadi tumpuan banyak pihak apabila terlibat dalam insiden yang menyebabkan Mohamed Salah tercedera dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Ketiadaan Salah didakwa menjadi punca utama mengapa Liverpool tumpas 3-1 di tangan Real Madrid dalam aksi final tersebut.

Ramos secara sinis memperlekehkan rekod buruk Jurgen Klopp dalam perlawanan akhir. Itu la Klopp, lain kali move on cepat-cepat. Ni asyik duk petik nama Ramos je

Selain itu, Ramos juga terlibat dalam insiden pelanggaran dengan Loris Karius yang menyebabkan penjaga gol Liverpool itu mengalami gegaran pada bahagian kepala. Disebabkan perkara tersebut, Karius melakukan dua kesilapan mudah yang menyebabkan Real Madrid berjaya menjaringkan dua gol.

Klopp menggambarkan tindakan Ramos sebagai ‘kejam’ dan ‘brutal’ dalam satu temu ramah beberapa minggu yang lalu. Klopp sekali lagi memberikan komen yang kritikal terhadap Ramos minggu lalu dimana beliau tidak akan menggunakan cara Ramos untuk memenangi perlawanan.

“Saya tidak mahu menang dengan menggunakan apa jua cara yang ada. Itu bukan style saya.”

“Sudah tentu saya mahu menjadi pemenang Liga Juara-Juara Eropah. Saya tidak sangka Ramos akan bertindak sedemikian. Saya menyangka Ramos akan menilai keadaan dengan lebih baik dalam situasi yang tertentu.”

Insiden yang akan kekal dalam sanubari dan ingatan peminat Liverpool untuk tahun-tahun yang mendatang.

Menjelang pertemuan UEFA Super Cup menentang Atletico Madrid pada awal pagi Khamis ini, Ramos telah ditanya wartawan mengenai komen terbaru Klopp terhadapnya.

“Saya mempunyai pendapat saya sendiri mengenai isu tersebut. Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk mencederakan mana-mana pemain secara sengaja.”

“Klopp sepatutnya memberikan penjelasan mengapa beliau tewas dalam perlawanan akhir tersebut, tetapi itu bukan final pertama beliau kecundang.”

“Beberapa pemain kami telah bermain pada tahap tertinggi selama bertahun-tahun lamanya, tapi saya tidak rasa Klopp boleh menggunakan ayat yang sama. Klopp patut risaukan pemain beliau sahaja.”

Rekod Jurgen Klopp dalam perlawanan akhir sebelum tumpas di tangan Real Madrid musim lepas. Memang badi Klopp ni, kena mandi air bunga

Real Madrid berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut apabila menewaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung Kiev, Ukraine. Ia merupakan final ke-6 Klopp kecundang dari 7 final yang beliau sertai sejak bergelar pengurus Borussia Dortmund.

Walau bagaimanapun, Klopp patut berterima kasih kepada Ramos kerana masih mengundinya sebagai pengurus terbaik dunia walaupun mempunyai rekod buruk dalam aksi final.

“Apabila saya membuat undian memilih pengurus terbaik dunia, saya memangkah Klopp. Jadi beliau boleh relax.”

BACA:  "Saya 'Bunuh' Kamu"- Gurauan Salah Dan Jones Mencuri Perhatian Peminat