Ramsdale Dipuji Kerana Berani Ikrar Pertahankan Semua Golongan Songsang Termasuk Abangnya

Penjaga gol no.1 Arsenal, Aaron Ramsdale telah bersumpah bahawa dia akan mempertahankan golongan songsang dan mencabar sesiapa sahaja yang tak dapat menerima golongan itu untuk bersemuka dengannya.

Ini kerana Rasmsdale mahu menjadikan bola sepak sebagai sukan yang mengalu alukan semua manusia di dunia. Kenyataan berani itu dibuat selepas dia mendedahkan secara terbuka bahawa salah seorang abangnya adalah lelaki kunyit.

Ramsdale menulis kenyataan dari hatinya di The Players’ Tribune, menyatakan: “Sejak beberapa tahun ini, mungkin saya mengigit lidah saya [menahan diri daripada bertengkar] – sama ada di bilik persalinan atau di media sosial – setiap kali saya mendengar komen anti-hubungan-sejenis atau perkara bodoh yang mereka cakap tentangnya.”

“Saya terkenangkan abang saya, dan mungkin dia melakukan perkara yang sama. Memikirkan itu akan lebih mudah untuknya. Namun, kita harus tamatkannya hari ini.”

Ramsdale dipuji berani oleh kumpulan rasmi peminat dari golongan songsang LGHDTV (kena cover sikit setan), yang digelar G4-ygooners.

Ini selepas dia mengutarakan perkara yang dianggap penting itu. Pemain antarabangsa England itu berkata: “Dengan kuasa yang bola sepak ada sekarang ini, saya rasa sangat penting untuk menyatakannya.”

“Saya nak abang saya, Ollie – atau sesiapa sahaja dari jenis jantina apa sekalipun [termasuk tukar dan sebagainya], tanpa mengira bangsa dan agama – datang menyaksikan Arsenal tanpa risau kamu akan diejek.”

Selain itu Aaron Ramsdale mahu membawa abangnya bersama sama dengannya apabila mereka menjulang trofi pada musim ini. Di mana Arsenal sudah sedia untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris sekali lagi.

Arsenal turut kembali semula ke pentas Liga Juara Juara Eropah.

“Dan apabila Arsenal menjulang trofi nanti, saya nak abang saya berada sekali di sana bersama saya.”

Ramsdale turut bertekad membawa semangat berani seorang kunyit yang ada pada abangnya untuk disemai dalam perjuangan bersama Arsenal.

Kenyataan Ramsdale itu rata rata disambut baik peminat Arsenal yang terharu dengan keberaniannya. Mereka juga mahu abang Ramsdale untuk terus tabah dan terus cekal.

Abang Ramsdale sebelum ini pernah menemaninya untuk menandatangani kontrak dengan Arsenal.

BACA:  Mikel Arteta Sedih Berita Palsu Kaitkannya Dengan Barcelona