Rancangan Di Youtube Ini Menganjing Liverpool Tanpa Gagal

Premier League masih belum memutuskan tindakan mereka untuk mengakhiri saingan liga musim ini selepas digantung ekoran dari penularan virus Covid-19.

Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh bermacam pihak tentang status sebenar saingan liga perdana Inggeris itu.

Paling terkesan dengan status penggantungan liga ini sudah pastilah untuk peminat pasukan Liverpool.

The reds kini sudah jauh mendahului saingan liga dengan kelebihan 25 mata dan hampir mustahil untuk mereka terlepas gelaran Liga sekiranya aksi premier league kembali bersambung.

Presiden UEFA sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

“Tidak mungkin Liverpool akan menamatkan musim ini tanpa kejuaraan Liga Perdana.”

“Secara teorinya, jika saingan Liga diteruskan, mereka sudah tentu akan memenanginya.”

“Benar mereka masih belum sah bergelar juara musim ini, namun mereka sebenarnya sudah sangat hampir pasti untuk memenanginya.”

“sekiranya keadaan memaksa untuk Liga tidak boleh diteruskan, kita akan cari cara lain.”

“Sekali lagi saya katakan, saya tak nampak pun senario yang menyebabkan Liverpool tidak boleh diberikan gelaran Liga musim ini.”

“Saya faham sudah pasti peminat akan kecewa apabila perlawanan diadakan secara tertutup tanpa penyokong. Namun saya percaya apa jua cara, mereka akan memenangi liga musim ini.”

Melihat dari kenyataan dari Aleksander Ceferin sedikit melegakan peminat Liverpool yang mahu menamatkan kemarau 30 tahun mereka tanpa kejuaraan liga.

Tetapi semalam telah tular satu rakaman dari pihak Astro Arena yang memperlihatkan sesi perbincangan antara Burn, Dayang, Azlan dan Botak.

Mereka berempat sedang membincangkan topik tentang kejuaraan liga pasukan Liverpool dan tajuk perbincangan mereka adalah:

“FANS LIVERPOOL NI TAK RILEK LAA”

Dalam video berdurasi 2 minit 24 saat itu, Burn terlebih dahulu memulakan bicara dengan mengatakan:

“Aku suka bila Lan sebut pasal fans, 30 tahun penantian diorang tapi menang dengan cara macam ni.”

“Setengah orang akan cakap macam ni ermmm dan setengah orang akan cakap ‘tak pe ah memang kitorang berhak pon kitorang dah leading jauh’.

Nada beliau penuh sindiran dan kebencian terhadap pasukan Liverpool dan membuatkan para peminat pasukan Liverpool kurang senang dengan kenyataan itu.

Ramai peminat Liverpool yang mengecam sikap tidak profesional yang ditunjukkan oleh Burn dalam membincangkan topik seperti ini.

Menurut mereka peminat pasukan mana saja yang tidak mahu melihat pasukan mereka menjuarai saingan liga?

Peminat Liverpool turut beranggapan bahawa Burn seperti tidak faham dengan keadaan ketika ini, bukan semua peminat Liverpool lapar untuk melihat Liverpool Juara.

Ramai yang mengecam perbualan mereka dan beranggapan keempat-empat mereka sekadar borak sampah dan mencari perhatian.

Ada juga yang berpendapat kesemua mereka mempunyai dendam terhadap pasukan Liverpool tetapi melepaskan kemarahan ditempat yang salah.

Dalam channel Youtube milik Astro Arena semalam, mereka memuat naik enam video dalam perbezaan masa sejam satu video dan semuanya untuk mengecam Liverpool.

Dengan tidak henti-henti bercerita dan mengecam Liverpool, kebanyakkan peminat menganggap pihak Astro Arena yang tak boleh rilek.

Siapa yang koyak sebenarnya?

Mujur sekarang masih dalam tempoh kawalan pergerakkan, kalau tidak mungkin ada yang dah pergi buat laporan polis.

Korang rasa betul ke tindakan Astro Arena tu tidak profesional?

BACA:  Salah Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Jika Menang Baki 4 Perlawanan