Rangkuman Aksi Luar Biasa Menakjubkan Silva Bertemu Tottenham Hotspur

Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel benar-benar dianggap pasukan yang berbeza dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka pasukan paling digeruni.

The Blues meneruskan kempen cemerlang mereka sepanjang musim 2021/22 selepas mencatatkan kemenangan 3-0 menewaskan Tottenham Hotspur di halaman lawan.

Chelsea pada ketika ini berada di puncak saingan Premier League di atas Liverpool dan Manchester United selepas mereka hanya mencatatkan satu bolos sahaja dari lima perlawanan awal mereka.

Salah satu alasan sebalik kecemerlangan barisan pertahanan Chelsea adalah kemampuan dan kehebatan Thiago Silva dengan pemain centre-back itu bakal berusia 37 tahun pada tahun ini.

Ikon bola sepak Brazil itu menjadi nadi penting dalam membantu kemenangan 3-0 Chelsea menewaskan Aston Villa minggu lalu.

Beliau turut berjaya mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu The Blues menewaskan Spurs awal pagi tadi.

Silva berjaya mendominasi Harry Kane sepanjang perlawanan tersebut dan beliau juga merupakan penjaring gol pertama dalam perlawanan ini selepas menerima bola umpanan dari Marcos Alonso.

Menurut laporan dari Squawka, bekas pemain Paris Saint Germain itu memenangi 100% duels beliau dalam perlawanan ini, melengkapkan tujuh ball recoveries, melakukan enam clearance dan langsung tidak melakukan foul.

Tidak dinafikan lagi pengalaman yang Thiago miliki banyak membantu beliau dalam membiasakan diri dalam liga yang kompetetif seperti Premier League di usia 36 tahun.

Tidak mengejutkan untuk melihat persembahan mantap Thiago Silva berjaya mencuri tumpuan peminat dengan ramai yang memuji aksi beliau dalam perlawanan ini.

Selepas tamat perlawanan tersebut, video rangkuman persembahan Thiago tular di media sosial dan ramai yang terpukau melihat aksi hebatnya.

Kerana persembahan mantap itulah Thiago Silva berhak untuk diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Beliau langsung tidak melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Tottenham Hotspur Stadium itu.

Thiago sentiasa memastikan beliau bersedia untuk mematahkan segala serangan dari jentera serangan Tottenham Hotspur.

Beliau jelas merupakan pemain free ejen paling berbaloi ditandatangani oleh Chelsea dengan sumbangnya baik di atas mahupun di luar padang.

Pengurus beliau, Thomas Tuchel turut memuji aksi persembahan Thiago Silva dalam perlawanan ini dan beliau mengakui kesemua kem Chelsea berbangga dengan pemain veteran mereka itu.

“Luar biasa”.

Balas beliau ketika ditanya tentang persembahan pemain berusia 36 tahun itu.

“Dia hampir jaringkan dua gol. Dia menunjukkan kekuatan yang luar biasa, dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik di atas padang.”

“Kami sangat gembira melihat dia menjaringkan gol dari permainan terbuka hari ini untuk kami. Tapi dari segi persembahan dia sejak awal permainan sungguh luar biasa menakjubkan. Sangat berhak untuk dipuji, dia menakjubkan hari ini.”

Sumber:GMS

BACA:  Jamie Carragher Dedah Alasan Mengapa Carrick Ketepikan Ronaldo