Rangkuman Aksi Mantap Paul Pogba Ketika Bertemu Leeds United Sangat Berbaloi Untuk Disaksikan

Walaupun Paul Pogba gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League bertemu Leeds, namun beliau sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tidak keterlaluan juga untuk katakan yang aksi Pogba ketika bertemu Leeds antara aksinya yang terbaik sepanjang kariernya di Old Trafford.

Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini dikatakan bakal meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini, namun beliau masih tetap diturunkan dalam kesebelasan utama setan merah ketika bertemu Leeds United malam semalam.

Paul Pogba turut berjaya mencipta sejarah baru selepas beliau menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah Manchester United yang berjaya mencatatkan empat assists dalam satu perlawanan.

Tidak seperti beberapa perlawanan pada musim lalu, Ole Gunnar Solskjaer sepertinya memberi Pogba peranan yang sedikit berbeza dengan membenarkan beliau bergerak lebih bebas.

Pogba jelas mendominasi bahagian tengah padang dan menyebabkan beliau sukar untuk dikawal oleh mana-mana pemain Leeds United.

Ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan, pengurus United, Solskjaer telah mendedahkan yang beliau sememangnya mahu membenarkan Pogba untuk bergerak lebih bebas ketika aksi kemenangan 5-1 setan merah menewaskan Leeds.

“Saya senantiasa ada perhubungan yang sangat baik dengan Paul, bahkan sejak dari dia kecil lagi.”

Jelas Solskjaer kepada BT Sport.

Pogba jelas sedang berada di tahap persembahan baiknya

“Hari ini saya cuma pesan pada dia, ‘pergi sana dan nikmati permainan kamu.’ dia sempat bermain selama 45 minit ketika bertemu Everton (aksi pra musim) yang mana itu bukan aksi terbaik dia.”

“Tapi hari ini, kami memberikan dia hak kebebasan sepenuhnya, untuk membenarkan dia pergi ke mana sahaja dia mahu pergi. Kami hanya mahu dia sentiasa mendapatkan bola.”

“Kesemua pemain terbaik kami mahu merasakan yang diri mereka dipercayai, mendapatkan keyakinan dari kami. Dan Paul merupakan salah seorang pemain yang boleh mencipta sesuatu yang menakjubkan dari satu hal yang biasa sahaja.”

“Dia nampak sangat gagah dan saya betul-betul teruja dengan kecergasan dia. Ia merupakan satu petanda yang hebat.”

Solskjaer kemudiannya menyambung ucapan beliau dengan terus memberi pujian pada pemain kebangsaan Perancis itu yang telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

“Paul senantiasa ada vision yang hebat, dia ada kualiti itu.”

“Saya tahu media akan bercerita tentang Bruno, tapi ia sebenarnya merupakan usaha semua satu pasukan, ruang yang dibuka oleh Mason Greenwood untuk Bruno masuk ke dalam dan kesemua pemain berada dalam tahapnya yang terbaik.

“Paul, saya sangat kagum dengan tahap kecergasan dia, dia sudah lama tidak bersama kami dan keadaan dia nampak sangat cergas. Saya sangat suka Paul yang sentiasa tersenyum sepanjang perlawanan.

Suasana di Old Trafford sungguh luar biasa menakjubkan, apa lagi sejak para penyokong dibenarkan untuk kembali menonton perlawanan secara langsung.

Solskjaer juga percaya kehadiran penonton sebenarnya pencetus kepada aksi mantap yang dipamerkan oleh Paul Pogba padanya.

“Dalam tempoh 18 bulan terakhir ini, semuanya menjadi pelik dan satu-satunya perhubungan dengan penonton adalah menerusi media.

“Jika kamu tonton di kaca TV, nescaya beliau

Ole turut mendedahkan yang Pogba selalu berkata padanya, ‘jika kamu menonton perlawanan di TV, kamu tak akan dapat rasa perhubungan antara pemain dan penyokong.

“Ini merupakan Manchester United yang sehenar-benarnya, kerana inilah saya masih menyimpan cadangan untuk kamu tak boleh bermain

“Penyokong Manchester United dan semua orang yang ada di situ, semuanya menikmati sokongan dari salah seorang penyokong yang lain.

Sumber: SB

BACA:  Abou Diaby Terharu Dengar Komen Penyokong Arsenal Mengenai Dirinya