Rangnick Klaim Dirinya Watak Penting Kehebatan Liverpool: “Ramai Pemain Saya Kat Situ”

Ralf Rangnick mengadakan sidang media seperti biasa sebelum perlawanan panas antara Manchester United dengan Liverpool di Anfield.

Dan pengurus tersebut mahu mengambil kredit di atas kehebatan Liverpool pada hari ini di bawah Jurgen Klopp.

Menurut Rangnick, tanpa dia [Rangnick] Liverpool mungkin tak sehebat yang ada sekarang.

Namun pada masa yang sama Rangnick mengakui Liverpool pasukan yang hebat. Sambil menegaskan ianya bukan kebetulan tetapi ianya kerana sistem yang dibina oleh Klopp. Ini termasuk beberapa pemain yang Rangnick pernah tandatangani dahulu disambar Klopp.

Rangnick seolah olah mahu penyokong Liverpool sedar sikit bahawa, tanpa ayahanda gegenpressing bernama Rangnick tak mungkin mereka akan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kemudian memenangi UCL dan terbaru Piala Liga, dalam era Jurgen Klopp.

Rangnick berkata, dia adalah orang yang menjumpai bakat bakat yang tidak terkenal seperti Sadio Mane, Ibrahima Konate, Takumi Minamino, Roberto Firmino, Naby Keita dan Joel Matip sebelum mereka menjadi pemain Jurgen Klopp.

Mane, Keita, Konate dan Minamino adalah pemain yang disambar Rangnick ketika dia bersama dengan RB Leipzig dan Rb Salzburg.

Sementara Joel Matip adalah pemainnya ketika di Schalke. Roberto Firmino turut menjadi pemain ditandatangani Rangnick ketika di Hoffenheim.

Merekalah yang menjadi tunjang kehebatan Liverpool di bawah Klopp. Tau tak?

Bercakap kepada wartawan menggunakan sesi google meet dengan telefon Samsung Corby miliknya, Rangnick berkata: “Mereka [Liverpool] bagus sekali ye, mereka sangat sangat bagus. Tapi kehebatan mereka tu bukan satu kebetulan. Ada sebab kenapa mereka jadi sebagus mereka yang ada pada hari ini.”

“Terdapat ada enam atau tujuh prang pemain yang mereka ada pernah menjadi pemain dilatih oleh saya ketika kami [Rangnick dan barisan kejurulatihannya] menandatangani mereka. Di mana, pada masa itu tiada sesiapapun mengenali mereka mereka ini.”

“Jadi sekali lagi nak kecek sini dehh, ni semuo bukey hok kebetuley. Ehh maap terkecek Klate sebab banyak tengok Muda Primula menapar oghe.”

“Sekali lagi saya ingatkan ini bukan kebetulan. Mereka mungkin menjadi kelab yang paling banyak menggunakan bekas pemain saya tandatangani dulu.”

Rangnick menganggap Klopp sebagai mirip dengan dirinya, suka membangunkan pemain tak ternama menjadi pemain berkelas dunia. Sambil dia menekankan bahawa trust the process di Anfield mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk mereka mulai menuai hasilnya.

Rangnick menambah lagi: “Jurgen membina pasukannya dalam 6 atau 7 tahun.”

Manchester United kini menjadi calon utama untuk menewaskan Liverpool dengan kehebatan Cristiano Ronaldo dan juga Harry Maguire.

Manchester United baru sahaja memuaskan diri mereka meratah Pukki dan kawan kawannya yang bermain untuk Norwich.

Dan kini mahu menjadikan Salah dan rakan rakannya sebagai mangsa seterusnya. Sukar untuk menyekat kemaraan Manchester United pada kali ini. Lebih lebih lagi Rangnick sangat kenal dengan ramai pemain utama Liverpool yang pernah menjadi pemain pemain asuhannya satu ketika dahulu.

Ini adalah peluang terbaik Manchester United membalas dendam kekalahan bermaruah 0-5 di Old Trafford sebelum ini.

Liverpool nampak bergelut dalam dua perlawanan terakhir ini. Mereka diikat seri 3-3 oleh Benfica dalam aksi UCL. Dan diselamatkan kebodohan Sterling pada aksi menentang Manchester City dalam separuh akhir Piala FA. Lagipun City seolah olah lebih fokus kepada EPL, sampaikan keeper mereka pun buat benda yang tidak tidak di belakang gol.

BACA:  Ralf Rangnick Mencadangkan Supaya Man Utd Ubah Cara Pemilihan Ketua Pasukan