Ranieri, Santos dan Zidane 3 Calon Akhir ‘The Best FIFA Men’s Coach’

Claudio Ranieri pengurus Leicester City, jurulatih Portugal Fernando Santos dan lagenda Real Madrid Zinedine Zidane telah di pilih sebagai 3 calon akhir untuk anugerah ‘The Best FIFA Men’s Coach’ bagi tahun 2016.

ranierisantoszidane

Pemilihan ketiga-tiga jurulatih ini tidak mengejutkan kerana masing-masing telah mencipta sejarah yang tersendiri untuk kelab dan negara masing-masing.

Claudio Ranieri

Leicester City siapa yang tidak tahu kisah pasukan bawah anjing(underdog) yang hampir tersingkir liga tahun sebelummnya muncul juara liga perdana Inggeris pada musim lepas pertama kali dalam sejarah 130 tahun kelab.

Di bawah Ranieri, Leicester menampilkan permainan yang bertenaga dan padu serta selesa menjuarai liga dengan kelebihan 10 mata dan kejayaan ini bukanlah kerana nasib.

Fernando Santos

Santos membimbing Portugal untuk meraih trofi utama buat pertama kali buat Portugal apabila muncul juara EURO 2016. Jaringan Eder pada masa tambahan membawa Portugal menjulang kejuaraan pertama mereka di pentas Eropah.

Bermula teruk di peringkat kumpulan, mencatat 3 keputusan seri tetapi layak ke pusingan kalah mati disebabkan peraturan pasukan tempat ketiga terbaik. Portugal tidak diberi harapan untuk ke final apatah lagi muncul juara.

Zinedine Zidane

Jurulatih yang membawa Real Madrid menjulang Champions League walaupun hanya mempunyai pengalaman kurang dua tahun dalam membimbing pasukan simpanan, Castilla. Zidane Mengambil alih skuad senior dari Benited pada awal Januari.

Baca Juga

Baca Juga