Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Martin Zubimendi menyesal kerana tidak berpindah ke Liverpool pada jendela perpindahan lalu.
Ini selepas Sociedad berdepan dengan krisis prestasi. Di mana pasukan itu menelan kekalahan keempat mereka dalam hanya 6 perlawanan pertama La Liga musim ini.
Sociedad hanya menang sekali seri sekali dan kalah 4 kali. Teperosok di tangga ke-16 dalam carta liga.
Zubimendi sebelum ini menolak Liverpool yang sedia membayar klausa pelepasan pada kontraknya bernilai £55 juta. Liverpool menawarkan gaji jauh lebih lumayan untuk pemain itu.
Sociedad tidak boleh campur tangan apabila melibatkan klausa pelepasan. Dan mereka hanya berharap pemain itu terus kekal lagi di kelab itu. Mereka merasakan angka £55 juta terlalu murah untuk pemain tersebut.
Dan akhirnya Zubimendi memberitahu dia menolak tawaran Liverpool dan mahu terus kekal di Real Sociedad.
Zubimendi berkata: “Real Sociedad adalah kelab cinta hati saya sejak dulu. Ini adalah hidup saya.”
Kelab tersebut kemudian sedia untuk menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Dia kemudian dijanjikan projek bola sepak mengujakan di Sociedad. Ternyata Zubimendi merasakan kelab itu sudah scam dia. Kerana tiada pembelian yang signifikan dibuat oleh kelab.
Dan dia dikatakan masih tidak menunjukkan minat untuk melanjutkan lagi kontraknya di Sociedad yang akan berakhir pada 2027 nanti. Jika keadaan terus merudum di Sociedad, pemain itu mungkin akan mendesak untuk dijual.
Estadio Deportivo melaporkan Zubimendi sudah memberitahu ejennya agar memantau perkembangan dari Liverpool. Dan dia berharap kelab itu datang untuk cuba mendapatkannya sekali lagi.
Situasi di Sociedad ketika ini kurang menyenangkan Zubimendi yang mahu menjadi pemain tengah utama Sepanyol. Dengan persaingan kuat di pasukan kebangsaan, krisis prestasi kelab boleh merisikokan tempatnya.
🎙️Spanish outlet Estadio Deportivo 🇪🇸reports that Zubimendi regrets his decision to pass the approach of #LFC this summer and that he hopes that the club makes an approach for him again this Jan window. It’s in #LFC’s court whether it happens, with his contract ending in 2027. pic.twitter.com/5MIXu9f4xy
— Moby (@Mobyhaque1) September 18, 2024
Skuad berpangkalah di San Sebastian itu masih gagal mendapatkan rentak mereka. Zubimendi kini mempersoalkan projek sukan yang dicanang kelab itu kepadanya. Ketika kelab memujuknya menolak Liverpool. Kerana mahu menjadikan dia batu asas projek sukan mereka.
Lebih mengecewakan kelab itu menjual Mikel Merino dan Robin LeNormand. Dan tiada pengganti dibeli serta tiada tanda tanda kelab benar benar berusaha mencari pemain berkualiti menggantikan mereka.
Kini pemain itu sedia membuat u -turn dalam keputusannya. Dan dia menantikan Liverpool datang lagi kepadanya.
Zubimendi merupakan produk akademi Real Sociedad. Dia dan Mikel Merino menjadi gandingan luar biasa di kelab itu. Dia membuat debut pada 2021 untuk pasukan senior dan dianggap pengganti paling ideal untuk Rodri Hernández.
Musim lalu dia bermain 45 perlawanan untuk for Real Sociedad. Menjaringkan 4 gol dan 1 assist dalam 3,735 penampilan. Prestasinya itu membolehkan dia dipanggil ke skuad kebangsaan untuk Euro. Dia memainkan peranan penting dalam final menentang England untuk membantu sepanyol juara.
Ketika ini klausa pelepasan £55 juta masih wujud dalam kontraknya. Namun Liverpool kelihatan tidak begitu beriya mahu mendapatkan pemain itu. Terutama sekali dengan prestasi cemerlang Ryan Granvenberch dalam beberapa perlawanan musim ini.