‘Rasa Dizalimi’ – Everton Laporkan Isu Kekejaman Pengadil Kepada PGMOL

Everton menuntut penjelasan penuh dari pihak bertanggungjawab tentang keputusan pengadil perlawanan yang menafikan hak mereka untuk mendapatkan penalti ketika aksi bertemu Liverpool kemarin.

The Toffees mahu menuntut bela atas kezaliman yang menimpa mereka dalam perlawanan yang memperlihatkan bagaimana teruknya mereka diaibkan oleh musuh sebandar itu.

Everton sepertinya semakin menghampiri zon penyingkiran selepas kekalahan 2-0 mereka di tangan Liverpool di Anfield kemarin.

Gol jaringan Andy Robertson dan Divock Origi sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Everton masih terkesan dengan keputusan pengadil perlawanan yang tidak mahu menghadiahkan sepakan penalti kepada mereka dalam perlawanan itu.

Mereka merasakan tindakan Joel Matip terhadap Anthony Gordon seharusnya dihukum dan Everton patut dihadiahkan sepakan penalti dari insiden tersebut.

Laporan sama turut menjelaskan yang Everton telah menghantar aduan rasmi kepada Profesional Game Match Officials Limited (PGMOL) berkait insiden tersebut.

Berbanding terus menghentam pengadil perlawanan, Stuart Attwell, Everton dikatakan lebih geram dengan penggunaan VAR dalam perlawanan tersebut.

Pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran itu mempersoalkan mengapa insiden itu tidak dinilai semula oleh VAR dengan lebih terperinci.

Pihak kelab percaya yang mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti andai VAR benar-benar membuat kerja mereka dengan betul.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh beberapa bulan ini yang mana Everton mengadu tentang keputusan pengadil yang tidak memihak kepada mereka.

Pengurus Everton, Frank Lampard sebelum ini telah menerima permohonan maaf dari Pengerusi PGMOL, Mike Riley selepas hak Everton untuk memenangi penalti ketika aksi kekalahan 1-0 bertemu Manchester City.

Frank Lampard anggap Everton dirompak

Frank Lampard menganggap Everton telah dirompak ketika beraksi bertemu Liverpool di Anfield malam kemarin, selepas beberapa keputusan dari pengadil perlawanan diragui olehnya.

Legenda Chelsea itu mempersoalkan keputusan pengadil, Stuart Attwell yang menafikan hak Everton untuk memenangi sepakan penalti dalam perlawanan tersebut.

Anthony Gordon merupakan individu yang kerap terlibat dengan hampir kesemua insiden kontroversi dalam perlawanan ini.

Pemain sayap itu telah dilayangkan kad kuning kerana melakukan aksi dive yang mengecewakan pada aksi babak pertama permainan.

Beliau ketika itu dilihat sengaja merebahkan badan di dalam kotak penalti dalam usahanya mahu mendapatkan sesuatu, namun malangnya bukan penalti yang beliau terima sebaliknya kad kuning yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan kepadanya.

Walau bagaimanapun, pada aksi babak kedua permainan, beliau sekali lagi dijatuhkan di dalam kotak penalti dan kali ini sepertinya ada tolakan yang dilakukan oleh Joel Matip.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya yang kedua-dua insiden itu tak sepatutnya penalti namun Frank Lampard pula memiliki sudut pandangan yang berbeza.

“Jika kamu tonton semula pada VAR, memang ada beberapa hal yang patut dipersoalkan, mungkin itu benda yang kamu dah jangka ketika kamu datang sini.”

Jelas Lampard kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan.

“Ya itu memang penalti pada aksi babak kedua. Tapi kamu tak akan dapat itu di sini. Jika Mo Salah yang jatuh, maka ia penalti.”

Klopp walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Lampard dengan beliau tampil menyatakan bahawa:

“Ia (insiden kedua) jelas sekali bukan penalti.”

Jelasnya kepada BBC Sport.

“Dia sangat bagus tapi dia bernasib baik kerana tak dilayangkan kad kuning kedua. Yang pertama memang bukan penalti dan yang kedua juga sama.”

Anthony Gordon sendiri turut mendedahkan yang beliau percaya beliau sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti untuk insiden tersebut.

“Kami sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti, itu adalah apa yang berlaku di mata saya.”

Jelas Gordon.

“Tapi kadang kala keputusan tidak akan memihak kepada kamu dan bola sepak kadang kala memang seperti itu.”

“Yang kedua antara yang paling kuat kerana dia (Matip) himpit kaki saya. Jelas sekali, saya berdepan satu lawan satu dengan dia dan saya dapat lepasi dia dan dia pijak kaki saya, yang mana ia menyebabkan saya berada dalam kesakitan dan saya jatuh.”

“Yang pertama, saya tonton semula. Saya rasa ada sentuhan dan kerana itu saya jatuh, tapi dari beberapa sudut pandangan, saya rasa saya faham kenapa pengadil tak bagi penalti. Tapi jelas sekali tak sepatutnya kad kuning kerana saya bukan dive.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Terciduk Lagi Dan Laluan Ke Champions League Makin Sukar