RASMI: Akhirnya Ralf Rangnick Sah Dilantik Sebagai Pengurus Interim Man Utd

Hampir seminggu bergegar media sosial dan hampir pecah server lantaran gembar-gembur bahawa Ralf Rangnick akan dilantik sebagai pengurus Interim Manchester United.

Akhirnya Ralf Rangnick yang dicanang-canang sebagai hebat dan mahaguru Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel secara rasminya dan sah dilantik sebagai pengurus interim Manchester United.

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang kelab, manutd.com bukan melalui Fabrizio Romano.

“Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara (interim) sehingga akhir musim, tertakluk kepada keperluan visa/permit kerja.”

“Selepas tempoh ini, Ralf dan kelab telah bersetuju bahawa dia akan meneruskan peranan sebagai perunding untuk tempoh dua tahun lagi.”

John Murtough, pengarah bola sepak Manchester United, berkata:

“Ralf adalah salah seorang jurulatih dan inovator yang paling dihormati dalam bola sepak Eropah. Beliau adalah calon nombor satu kami untuk pengurus sementara, mencerminkan kepimpinan yang tidak ternilai dan kemahiran teknikal yang akan dibawanya daripada pengalaman hampir empat dekad dalam pengurusan dan kejurulatihan.

“Semua orang di kelab tidak sabar untuk bekerja dengannya untuk baki musim ini dan kemudian untuk tempoh dua tahun lagi dalam peranannya sebagai penasihat.”

Ralf Rangnick berkata:

“Saya teruja untuk menyertai Manchester United dan memberi tumpuan untuk menjadikan musim ini berjaya untuk kelab.”

“Skuad ini penuh dengan bakat dan mempunyai keseimbangan yang hebat antara pemain muda dan pengalaman. Segala usaha saya untuk enam bulan akan datang adalah untuk membantu pemain ini memenuhi potensi mereka, secara individu dan yang paling penting, sebagai satu pasukan.

“Selain itu, saya tidak sabar untuk menyokong matlamat jangka panjang kelab sebagai seorang perunding.”

Sementara Ralf Rangnick mendapat permit kerja, Michael Carrick akan terus memimpin pasukan sehingga semuanya selesai dan Man Utd mengucapkan terima kasih atas kerjasama Lokomotiv Moscow.

“Michael Carrick akan kekal bertanggungjawab ke atas pasukan utama sehingga visa/permit kerja Ralf Rangnick diselesaikan.”

“Kelab itu ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lokomotiv Moscow atas kerjasama mereka dalam proses membawa Ralf Rangnick ke Manchester United.”

Penantian peminat Manchester United secara rasminya berakhir dengan pengumuman bapa bola sepak Jerman ini yang terkenal dengan hasil kerja yang hebat apabila secara rasminya Rangnick dilantik sebagai pengurus interim yang sah.

Godfather of Germany Football

Jika Arrigo Sacchi digelar ‘The Prophet of Fusignano’, Ralf Rangnick pula mendapat gelaran Godfather of Germany Football dan beberapa gelaran yang lain ekoran sumbangannya kepada bola sepak Jerman.

Selain itu Ralf Rangnick mendapat banyak gelaran di dalam kariernya. Yussuf Poulsen melabel Rangnick sebagai perfectionist, sementara pemain Kevin Kampl menggelarknya ‘bercinta dengan bola sepak’.

Ralf Rangnick seringkali dianggap sebagai godfather of gegenpressing ataupun godfather of Germany Football. Kerana pada hari ini bola sepak Jerman banyak bercorakkan gegenpressing terutama sekali skuad kebangsaan mereka.

Tiga jurulatih Jerman yang berpengaruh pada hari ini, Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann menjadikan Rangnick sebagai rujukan mereka.

Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel telah membuktikan apa yang mampu dilakukan dengan gegenpressing dengan menraih gelaran juara dan mendominasi bola sepak Eropah.

Pengurus muda Julian Nagelsmann yang merupakan prospek masa depan pengurusan bola sepak pula pernah mengejutkan dunia bola sepak dengan taktikal beliau walaupun memimpin pasukan kerdil.

Rangnick Dan RB Leipzig

Ralf Rangnick merupakan tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

Pada June 2012, Ralf Rangnick telah dilantik sebagai pengarah bola sepak RB Leipzig dan juga RB Salzburg, Rangnick menjadi tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

RB Leipzig telah naik ke Bundesliga dan berjaya meraih tempat kedua serta layak ke separuh akhir Champions League. RB Salzburg pula telah beberapa kali menjuarai liga dan piala Austria serta tidak asing lagi di Champions League serta Europa League.

Ralf Rangnick kini telah memilih cabara baru apabila telah menjawat jawatan Pengurus sukan dan pembangunan bersama kelab Russia, FC Lokomotiv Moscow.

Secara Ringkasnya inilah perjalanan RB Leipzig di Bundesliga sebelum memecah masuk ke Eropah.

2009: RB Leipzig ditubuhkan

2010: Dipromosi/Naik ke divisyen keempat

2013: Dipromosi/Naik ke divisyen ketiga

2014: Dipromosi/Naik ke divisyen kedua

2016: Dipromosi/Naik ke Bundesliga

2017: Naib Juara Bundesliga

2020: Berjaya ke separuh akhir Champions League.

2020: Berjaya menghantar Manchester United ke Europa League

RB Salzburg cukuplah sekadar menyebut nama Erling Braut Haaland yang telah mencetak gol bertubi-tubi dipentas Eropah dan kini meneruskan rutin tersebut bersama Borussia Dortmund.

Sumber: ESPN dan Axello.net

BACA:  Ralf Rangnick Telah Kenal Pasti Pemain Pertama Bakal Beliau Tandatangani