Rasmi: Amad Diallo Kini Pemain Manchester United

Kelab paling hebat dalam sejarah pradaban bola sepak dunia, Manchester United secara rasminya mengumumkan bahawa, Amad Diallo yang merupakan pemain Atalanta kini sah sebagai pemain Manchester United.

Pengumuman prospek masa depan ini telah dibuat oleh Manchester United melalui laman sesawang rasmi mereka, manutd.com.

Ahmad Diallo yang merupakan pemain sayang dari Ivory Coast telah diikat Setan Merah sehingan June 2025 dengan pilihan tambahan setahun.

Manchester United dan Atalanta telah mencapai kata sepakat pada 5 oktober lalu yang merupakan hari terakhir jendela perpindahan musim panas.

Ujian kesihatan, permit kerja dan syarat peribadi telah sempurna dan permohonan visa telah dibuat. Diallo akan menyertai skuad Ole Gunnar Solskjaer apabila perkara ini selesai.

Diallo telah membuat dua penampilan bersama Atalanta musim ini dan masuk dari bangku simpanan ketika menentang Hellas Verona di Serie A dan FC Midtyjlland di Champions League.

Pemain berusia 18 tahun ini merupakan pemain utama skuad remaja Atalanta dan mempunyai lima penampilan bersama skuad senior.

Bersama skuad utama Atalanta, Amad Diallo telah menjaringkan satu gol, enam minit selepas membuat debut menentang Udinese pada oktober 2019.

Ole GUnnar Solskjaer sebelum ini telah meluahkan bahawa beliau tidak sabar menanti ketibaan Amad Diallo.

Amad Diallo dilaporkan telah dipancing dengan harga £19 juta dengan tambahan £18.2 juta di dalam bentuk add-ons.

BACA:  Sepakan Percuma Indah Minit Ke-97 Amad Diallo Beri Ivory Coast Kemenangan