Secara rasminya Chelsea telah memecat Graham Potter selepas gagal memacu kelab London itu ke jalan kebenaran walaupun berbelanja ratusan juta untuk mendapatkan pemain berkualiti tinggi.
Pengumuman rasmi telah dibuat melalui laman sesawan rasmi kelab chelseafc.com mengumumkan berita ini kepada dunia bahawa mereka sudah lagi tidak sebumbung.
“Chelsea FC telah mengumumkan bahawa Graham Potter telah meninggalkan kelab itu. Graham telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Kelab untuk memudahkan peralihan yang lancar. Semasa bersama kelab, Graham telah membawa kami ke suku akhir Liga Juara-Juara, di mana kami akan menentang Real Madrid. Chelsea ingin mengucapkan terima kasih kepada Graham di atas segala usaha dan sumbangannya dan mendoakan kesejahteraannya untuk masa depan.”
Dengan pemecatan Graham Potter ini Bruno Saltor telah dilantik sebagai ketua jurulatih Interim dalam pada menantikan ketibaan pengurus baru.
Club statement.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 2, 2023
Pemilik bersama Todd Boehly dan Behdad Eghbali berkata:
“Bagi pihak semua orang di kelab, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Graham atas sumbangannya kepada Chelsea. Kami mempunyai tahap penghormatan tertinggi untuk Graham sebagai jurulatih dan sebagai seorang individu. Dia sentiasa menjalankan dirinya dengan profesionalisme dan integriti dan kami semua kecewa dengan keputusan ini.”
“Bersama-sama peminat kami yang luar biasa, kami semua akan berada di belakang Bruno dan pasukan ketika kami memberi tumpuan kepada baki musim ini. Kami mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana dan suku akhir Liga Juara-Juara di hadapan. Kami akan meletakkan setiap usaha dan komitmen dalam setiap satu daripada perlawanan itu supaya kami dapat menamatkan musim ini dengan cemerlang.”
🚨🔵 Julian Nagelsmann is the favorite candidate to replace Graham Potter as new Chelsea head coach, as reported yesterday. #CFC
Nagelsmann was mentioned yesterday during internal discussions — Julian is considered a talented coach.
Talks are ongoing to make best decision. pic.twitter.com/Y2QmqvoBTS
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 2, 2023
Peniup khabar angin popular dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano telah melaporkan bahawa Julian Nagelsmann merupakan calon pilihan untuk menggantikan Graham Potter.
Julian Nagelsmann kembali bujang dan tersedia selepas dipecat oleh Bayern Munich dan bakat kejurulatihannya yang ada pada pengurus muda tidak perlu dipertikaikan lagi.