RASMI: Salah Kekal Di Liverpool Selepas Setuju Terima Hanya £350K Seminggu

Pemain sensasi masakini, Mohamed Salah akhirnya setuju untuk terus kekal ke akhir hayat bersama Liverpool selepas sanggup untuk menerima gaji hanya £350K sahaja seminggu.

Berita gembira ini diumumkan secara rasmi oleh Liverpool melalui laman sesawang mereka dan hanya dinyatakan kontrak baharu untuk jangka panjang mungkin till jannah.

Penyerang itu setuju dengan syarat untuk melanjutkan tempoh kontraknya bersama The Reds selepas saga tarik tali, tolak menolak serta tawar menawar selama hampir setahun.

Mohamed Salah menyertai Liverpool pada 2017 dan telah menyaksikan dia mengumpul enam trofi utama dan menjaringkan 156 gol dalam hanya 254 penampilan, memenangi tiga Kasut Emas.

Salah memberitahu Liverpoolfc.com:

“Jika saya melihat kembali masa itu, ketika saya datang [ke sini], kelab tidak memenangi banyak trofi tetapi saya fikir saya memberitahu anda, bahawa saya datang [ke sini] untuk memenangi trofi.”

“Saya rasa kami telah memenangi trofi yang baik bersama-sama [sejak]! Dan saya fikir kita boleh melakukannya sekali lagi.”

“Kita memenangi banyak perkara bersama-sama. Kami mempunyai beberapa kekecewaan, tetapi ini adalah bola sepak.”

“Saya telah menikmati bola sepak saya di sini di kelab dan berharap saya akan terus menikmatinya dan memenangi banyak trofi.”

Rekod luar biasa Salah di hadapan gawang telah memnbolehkannya berada di tempat kesembilan dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool dalam tempoh lima musim sahaja.

Dia hanya dua gol di belakang Michael Owen di tempat kelapan dan hanya 16 gol di belakang legenda Sir Kenny Dalglish.

Pemain Mesir itu menambah:

“”Seronok melihat diri anda sebagai penjaring gol terbanyak yang kesembilan untuk kelab, terutamanya apabila anda melakukannya dalam masa yang singkat.”

“Ia sesuatu yang hebat dan saya fikir, seperti yang saya katakan banyak kali sebelum ini, perkara yang paling penting ialah memenangi trofi.”

“Tetapi saya fikir apabila anda menjaringkan gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan, itu juga yang membawa kepada trofi.”

“Ia sesuatu yang saya banggakan.”

Liverpool menyempurnakan perjanjian bersama Salah dari AS Roma pada Jun 2017 dan pemain Mesir itu memberikan impak serta-merta, menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan pada musim sulungnya.

Tiga puluh dua daripadanya gol itu hadri melalui Liga Perdana, mencatatkan rekod penjaring terbanyak dalam semusim untuk 38 perlawanan.

Musim lalu, penyerang itu sekali lagi mencecah markah 31 gol untuk membantu Liverpool meraih dua piala domestik serta muncul naib juara di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, tewas tipis dalam kedua final.

Berita gembira ini telah menutup mulut pengkritik yang mengutuk Fenway Sports Group (FSG) dalam menangani situasi kontrak Mohamed Salah yang masih tiada kata putus dan dilabel sebagai tidak boleh diterima.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kelab terulung, Liverpool sudah sedia untuk melepaskan pemain sayap itu dengan harga £60 juta atu RM324 juta kerana Mohamed Salah bakal memasuki musim terakhir dalam kontraknya bersama Liverpool yang akan tamat pada musim panas 2023.

Tarik tali berlaku untuk tempoh panjang kerana Liverpool memegang utuh kepada struktur gaji yang bersempadan dan tidak melampau sukar untuk Liverpool memenuhi permintaan Salah.

Salah dilaporkan mahukan gaji setinggi £400,000 seminggu dan kelab memilih jalan tengah sipi-sipi menawarkan £350K je seminggu menjadi penerima gaji paling tinggi.

Klopp menjadi individu penting di sebalik kontrak baharu ini. Di mana Mo Salah dan Klopp bercakap secara terus. Klopp menyatakan bahawa Salah adalah wajah kepada projek kelab.

BACA:  Kerana Sembang Terlalu Kencang, Tavares Akhirnya Mengaibkan Diri Sendiri Ketika Bertemu Liverpool