RASMI: Selepas 12 Tahun Di Old Trafford, 24 Jendela Perpindahan, Phil Jones Akhirnya Pergi Jua

Phil Jones sah akan dmeninggalkan Manchester United selepas musin ini berakhir. Perkara itu disahkan selepas laman sesawang kelab mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan tajuk: “Jones to leave United”.

Hal itu sekaligus mengakhiri tempoh 12 tahun Phil Jones bersama Red Devils, sejak direkrut dari Blackburn Rovers pada tahun 2011.

Phil Jones, yang kini berusia 31 tahun, telah melakukan 229 penampilan untuk Man United dan menjaringkan enam gol.

Pemain pertahanan versatile dan memiliki kemampuan bermain sebagai pemain tengah bertahan juga turut pernah melakukan 27 penampulan untuk skuad kebangsaan England.

Kontrak Phil Jones bersama Man united akan tamat pada penghujung musim panas 2023. Kali terakhir kontrak beliau disambung adalah pada Februari 2019 untuk tempoh empat tahun setengah.

Sejak menyambung kontrak tersebut, Phil Jones lebih kerap bergumul dengan masalah kecergasan dan kecederaan. Situasi tersebut menyebabkan kesempatan untuk beraksi sentiasa terbatas.

Sejak kontraknya disambung pada 2019, Phil Jones hanya melakukan 16 penampilan untuk United. Sukar untuk membayangkan sepanjang tempoh 12 tahun dengan 24 jendela perpindahan, pemain itu masih kekal berada di Old Trafford sehingga kontraknya tamat.

“Beberapa tahun terakhir sudah menjadi tempoh waktu yang amat berat. Itu adalah kenyataan yang jelas. Saya tidak boleh bersembunyi dari fakta tersebut,” ujar Phil Jones dalam temubual dengan pihak media Man United.

Phil Jones juga menyatakan dirinya amat merindukan bola sepak dan sudah bekerja keras untuk membenarkan dirinya kembali beraksi dengan keadaan yang lebih baik selepas ini.

Pemain itu bagaimanapun berkata beliau terlebih dahulu mahu berehat panjang sebelum melakukan sebarang keputusan mengenai masa depannya selepas ini.

Jones turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua pihak di Man United khususnya kepada penyokong kelab itu.

Sepanjang tempoh 12 tahun bersama Man United, Jones pernah membantu kelab itu meraih satu kejuaraan Premier League, satu kejuaraan Piala FA, dua medal Piala Komuniti, dan satu kejuaraan Europa League.

BACA:  'Director Of Football Negotiations' Man Utd Sah Akan Meninggalkan Kelab