Rasmi Terlepas Top 4, Namun United Masih Berpeluang Layak Ke UCL, Begini Caranya

Manchester United sebenarnya masih tidak tersingkir daripada kejohanan UCL musim hadapan. Mereka masih boleh layak ke UCL musim hadapan.

Skuad Erik Ten Hag secara rasmi terlepas top 4 musim ini setelah keputusan seri dicatatkan dengan Burnley dengan keputusan yang sama turut dicatatkan Aston Villa menentang Chelsea.

Namun tahukah anda sistem kelayakan UCL musim hadapan adalah berbeza. Dengan pertambahan jumlah pasukan. Jadi ranking co-efficient memainkan peranan dalam slot UCL musim hadapan.

England kini bersama sama dengan Itali berada di kedudukan 2 teratas dalam sistem ranking ini. Ini bermakna Serie A dan EPL ketika ini memegang slot kelayakan untuk pasukan tempat kelima.

4 pasukan dari EPL akan layak ke UCL secara automatik.

Spurs ketika ini di tangga kelima di atas Man United dengan beza enam mata. Namun Spurs masih ada dua perlawanan dalam tangan.

United terus mengekalkan prestasi, menang, kalah atau seri tetap nombor enam. Walaupun perbezaan jaringan kini diperbaiki kepada +1.

Jadi bagaimana Man United boleh mara ke UCL musim hadapan?

Syaratnya adalah Spurs kalah semua baki perlawanan mereka ada.

Dan Man United menang kesemua 4 baki perlawanan mereka ada.

Jika itu berlaku… Spurs akan menamatkan musim dengan 60 mata. Dan United akan menamatkan saingan dengan 66 mata di atas mereka.

Atau Spurs hanya menang sekali dalam baki 5 perlawanan terakhir mereka dan selebihnya kalah.

Atau Spurs seri kesemua 5 baki perlawanan mereka.

Atau Spurs tiba tiba menarik diri daripada pertandingan untuk fokus kepada pelajaran.

Adakah skuad Erik Ten Hag akan membuat keajaiban untuk mara ke UCL musim hadapan? Tiada kamus keajaiban untuk senario seperti itu dalam Manchester United. Kerana perkara seperti itu ibarat isi dan kuku untuk kelab yang sentiasa mampu layak ke pentas UCL dengan cara tersendiri.

Lagipun baru baru ini supercomputer meramalkan bahawa Manchester United adalah juara UCL tahun 2025.

Komputer super dibantu teknologi AI telah meramalkan juara UCL bagi tahun 2024 sehingga 2051.

Ada berita  baik buat peminat Manchester United, kerana pasukan juara 3 kali itu diramal akan menjulang UCL musim hadapan.

Barcelona dijangka akan menjulang UCL pada musim ini. Menariknya, Barcelona menang 2-1 ke atas PSG dalam aksi suku akhir UCL pertengahan minggu lalu.

Membuatkan ramalan ini dianggap boleh menjadi kenyataan.

AI tanpa ragu ragu meramalkan Manchester United menjadi juara musim 2024/25. Di mana skuad Erik Ten Hag pada masa itu sudah lebih baik dan matang.

Manchester United di bawah revolusi yang diketuai Sir Jim Ratcliffe. Sebelum ini berikrar akan membentuk pasukan yang akan kembali menjadi terbaik di dunia.

Menurut Sir Jim Ratcliffe, Man United akan menjadi kuasa bola sepak sekali lagi dalam beberapa tahun lagi.

Erik Ten Hag sendiri sebelum ini dengan penuh bijak meramalkan bahawa era Klopp dan Guardiola bakal berakhir. Lantas musim ini Klopp terus mengumumkan dia meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini.

Tetapi yang pelik ramalan Liverpool juara 2027 itu agak tidak masuk akal kerana selepas era Klopp bermakna Liverpool kembali ke era hambarnya.

Jiran Manchester United iaitu Man City dijangka akan menjadi juara 2028 dan 2029. Sementara AC Milan akan menambah koleksi UCL kelapan mereka pada 2030.

Atletico boleh memakai badge of honor dengan 3 kejuaraan berturut turut pada 2039 sehingga 2041.

Kelab Inggeris lain, Spurs, Newcastle dan Chelsea juga berpeluang untuk menjadi juara dalam tempoh yang diramalkan. Lihat di sini:

Daripada ramalan di atas, komputer nampaknya meramalkan Arsenal perlu menunggu lagi untuk bergelar juara UCL. Malah Spurs, musuh tradisi mereka dijangkan akan bergelar juara terlebih dahulu berbanding The Gunners.

Namun harus diingat, ini hanyalah ramalan komputer super yang dikuasakan oleh AI.

Baca Juga

Baca Juga