RASMI: Wout Weghorst Kini Sah Milik Manchester United

Wout Weghorst kini secara rasminya sah menjadi milik Manchester United selepas berjaya didapatkan secara pinjaman dari Burnley dengan menyailang kelab Turki, Besiktas.

Media telah melaporkan bahawa Manchester United telah bersedia untuk menggunakan terus khidmat Wout Weghorst dalam perlawanan Manchester Derby bertemu jiran setempat Manchester City.

Untuk membolehkan Wout Weghorst beraksi dalam Manchester Derby dan dibenarkan beraksi di Premier League maka pemain Belanda itu perlu didaftarkan sebelum tengahari Jumaat.

Wout Weghorst tiba di pusat latihan Carrington pada khamis dan telah pun lulus apabila menyempurnakan ujian perubatan sebelum boleh diumumkan secara rasmi.

Man Utd telah mengumumkan perkara ini melalui satu kenyataan di laman sesawang:

“Manchester United dengan sukacitanya mengesahkan bahawa Wout Weghorst telah menyertai kelab itu secara pinjaman daripada Burnley sehingga Jun 2023.”

“Penyerang Belanda itu telah dipinjamkan ke Besiktas musim ini, menjaringkan sembilan gol dan membantu empat kali dalam 18 penampilan. Dia telah membuat 414 penampilan kelab di Belanda, Jerman, England dan Turki, menjaringkan 172 gol.”

“Dia mempunyai 19 penampilan antarabangsa penuh untuk pasukan kebangsaan Belanda, menjaringkan lima gol, termasuk dua di Piala Dunia Qatar 2022.”

Weghorst berkata:

“Saya berasa bertuah untuk menyertai Manchester United. Saya pernah bermain menentang kelab itu pada masa lalu dan ia adalah satu perasaan yang hebat untuk kini berpeluang menyarung baju merah terkenal itu. Saya telah melihat kemajuan United di bawah Erik Ten Hag musim ini dan tidak sabar untuk mula memainkan peranan saya dalam mendorong pasukan ke arah matlamatnya.”

“Apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan akan datang, saya boleh berjanji untuk memberikan segala-galanya kepada kelab selagi saya berada di sini.”

“Saya berterima kasih kepada semua orang yang telah memainkan peranan dalam membawa saya ke peringkat ini, dan kini saya tidak sabar-sabar untuk bertemu rakan sepasukan baru saya dan terlibat terus.”

John Murtough, pengarah bola sepak Manchester United, berkata:

“Wout mempunyai rekod penjaringan gol yang konsisten di beberapa liga Eropah dan sifatnya akan menambah dimensi lagi kepada skuad kami untuk baki musim ini.

“Kami juga tertarik dengan keperibadiannya yang kuat dan pendekatan yang berdedikasi terhadap bola sepak, yang sangat sesuai dengan semangat yang Erik bina dalam skuad kami. Dia telah menunjukkan keinginan besar untuk menyertai Manchester United dan menjadi sebahagian daripada apa yang kami cuba capai. musim ini.”

Siapa Wout Weghors? Power ke?

Wout François Maria Weghorst dilahirkan di Borne, Overijssel, Belanda pada tanggal 7 Ogos 1992 yang kini telah berusia 30 tahun, usia purata penurunan prestasi pemain bola sepak.

Mempunyai ketinggian 6 kaki 6 inci, Wout Weghorst bermain selaku penyerang berperanan khusus sebagai ‘target man’ kerana penguasaan dominan di udaran dan keupayaan untuk mengawal permainan.

Dia juga dikenali sebagai pemburu gol atau poacher dengan penyudah yang baik dalam kotak penalti dan kerap turun ke bawah untuk membantu menghidupkan permainan.

Pada musim 2021–22 di Premier League, Weghorst mencatatkan purata pressing setiap 90 minit lebih banyak berbanding pemain lain. Ciri yang dimahukan oleh Erik Ten Hag. Gaya permainannya telah dibandingkan dengan Edin Dzeko.

Wout Weghorst memulakan karier bola sepak remajanya bersama kelab tempatan RKSV NEO dan DETO Twenterand sebelum menyertai pasukan Eredivisie, Club Willem II pada 2011.

Walaupun berpeluang untuk masuk ke dalam pasukan utama, dia tidak berjaya melakukanny dan hanya tampil beraksi untuk pasukan simpanan. Dia menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab Eerste Divisie Emmen pada 2012.

Selepas dua tahun bersama Emmem, Wout Weghorst membuat 66 penampilan dan menjaringkan 21 gol membolehkannya beraksi di liga teratas Belanda bersama Heracles Almelo.

Selepas cemerlang bersama Heracles Almelo, Weghorst diikat Alkmaar Zaanstreek atau AZ Alkmaar dengan kontrak 4 tahun dengan pilihan lanjutan setahun.

Wout Weghorst berjaya merasai aksi Europa League dan telah dilantik sebagai timbalan kapten pada musim kedua yang cemerlang apabila menjaring 27 gol dalam 37 penampilan. Di Eredivise dia menjaringkan 18 gol dan 6 assist lalu mendapatkan panggilan dari skuad Belanda pada 2018.

Pada 26 Jun 2018, Wout Weghorst mengembangkan kariernya ke Bundesliga apabila diikat Vfl Wolfsburg dengan kontrak 4 tahun membuat 144 penampilan dan menjaringkan 70 gol.

Burnley telah membeli Weghorst pada jendela perpindahan Januari bagi menyelamatkan mereka dari tersingkir ke liga bawahan dengan harga £12 juta dan gagal memberi impak.

Wout Weghorst dilabel flop dan Burnley tersingkir ke Championship dan untuk musim terbaik dia dipinjamkan ke Besiktas dengan menjadi pemain tonggak apabila menjaringkan 9 gol dalam 18 perlawanan.

Bersama Belanda Wout Weghorst mendapat 19 caps dan menjaringkan 5 gol (1 gol EURO 2020 dan 2 gol Piala Dunia 2022) dan menjadi pemain Belanda untuk EURO 2020 dan juga Piala Dunia 2022.

Dilihatkan kepada perjalanan karier dan usianya kini, Wout Weghorst boleh dikatakan sebagai pemain yang average atau biasa-biasa saja namun ini peluangnya untuk membuktikan kehebatan di peringkat tertinggi bersama kelab besar.

BACA:  Wout Weghorts Tak Muat Frame Kamera Kerana Terlalu Tinggi