Rating Membabi Buta North London Derby menemukan Arsenal dan Tottenham Hotspur. Kemenangan penting Arsenal untuk terus mengejar dan menghidupkan peluang dalam perebutan gelaran.
Ozil kembali dan insaf? Harry Kane gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam kariernya di Premier League North London Derby.
Bacalah dengan tenang tanpa mendapat sawan babi.
ARSENAL
1. Cech (7)
Penjaga gol yang bertaraf dunia pada dahulunya. Namun bertukar menjadi penjaga gol yang kadang-kadang power dan kadang bangang apabila menyertai Arsenal.
Namun untuk perlawanan kali ini, beliau nampak selesa menjaga gawangnya.
2. Koscienly (6)
Dibayangi oleh persembahan luar biasa Mustafi. Tidak menunjukkan karektar seorang kapten yang baik.
3. Mustafi (9)
1 tandukan power yang menerjah jaring Spurs. Beberapa kali melakukan blocking world class. Berjaya memimpin barisan pertahanan Arsenal meniadi lelaki dewasa yang sebenar.
4. Monreal (6)
Berjaya membentuk persefahaman yang baik antara Mustafi.
5. Bellerin (6)
Menjadi wingback yang agak baik. Berjaya membantu barisan serangan dan juga pertahanan Arsenal dengan baik.
6. A. Ramsey (7)
Raja di kawasan tengah. Hantaran pendek dan jauh beliau berjaya membelah barisan pertahanan Spurs.
7.Xhaxa (5)
Pemain yang pasti akan mendapatkan kad kuning dalam setiap perlawanan.
8.Kolasinac (5)
Hanya berlari-lari sambil menunjukkan badannya yang tegap. Mungkin beliau rasa diri beliau ada ahli bina badan yang tersesat dalam dunia bolasepak. Prestasinya pada hari ini agak biasa-biasa sahaja.
9. Ozil (9)
Pemalas?Mungkin lenggok badannya begitu menyebabkan beliau nampak pemalas. Pernah tengok orang tidur petang lepastu bangun 5.30 petang dan terus pergi padang main bola? Yup beliau versi bangun tidur main terus power. Assist yang cantik kepada Mustafi. Standing ovation diberikan kepada beliau.
10. Sanchez (7)
Bersifat kebudak-budakkan. Penuh dengan potensi dan bakat. Namun sifat perengus, mudah merajuk, dan merasakan diri beliau lebih besar daripada kelab menyebabkan potensi yang beliau miliki terbantut.
Berjaya menjaringkan 1 gol. Selepas menjaringkan gol, barulah beliau kelihatan tenang sedikit dan mula bermain dengan baik.
11.Lacazette (7)
Larian demi larian yang dilakukan. Berjaya mengkucar- kacirkan pertahanan Spurs. Satu assist yang membantu Sanchez menjaringkan gol.
Sub
1. Coquelin(4)– (Lacazette)
Dimasukkan untuk mengukuhkan kedudukan Arsenal. Penonton tidak menyukai pertukaran ini, namun taktikal adalah taktikal. Kadang-kadang taktikal mungkin tidak difahami sebaik mungkin oleh penyokong yang rakus menaikkan sepanduk #WengerOut
2. Iwobi (4)–(Ozil)
Menggantikan Ozil. Man of the macth perlawanan. Berjaya memberikan persembahan yang agak baik.
BONUS
TOTTENHAM HOTSPURS
1. Lloris (5)
Dua kali terkaku dan tergamam. Namun kedua gol tersebut agak sukar untuk diselamatkan oleh mana-mana penjaga gol di dunia sekali pun.
2. Di Sanchez (5)
Menjadi mangsa penipuan penuh helah Sanchez. Sanchez menipu Sanchez. Kesalahan yang dilakukan Sanchez di luar kotak kanan menyebabkan Arsenal berjaya mendapatkan sepakan percuma. Dan gol pun terhasil. Ah! Aku pun dah keliru ini. Sanchez Arsenal ke Sanchez Spurs ni?
3. Dier (5)
Pintasan demi pintasan berjaya menyelamatkan Spurs dari bahaya. Namun gagal memimpin barisan pertahanan dirobek habis-habisan oleh barisan penyerang Arsenal.
4.Vertonghen (2)
“Masuk belah lubuk tu!!.”. Itulah yang dijeritkan jika bermain bola pada waktu petang yang bermula 10 minit sebelum maghrib di Malaysia. Kalau nampak pertahanan lawan goyah. Terus jerit lubuk kuat-kuat. Yup, inilah yang terjadi kepada Vertonghen.
5. Trippier (4)
Gagal mengekang trio Arsenal menganas dan bermaharajalela di kawasan pertahanan Spurs.
6. Sissoko (3)
Kuat tapi tak berguna.
7. Dembele (4)
Gelekan demi gelekan. Namun tidak mendatangkan hasil di kawasan tengah Spurs.
8. Davies (2)
Allahu. Ada ke dia dalam padang tadi?
9. C.Eriksen (4)
Kreativitinya lenyap pada hari ini.
10. Delle Alli (3)
Terputus komunikasi antara satu sama lain. Eriksen, Dembele dan Sissoko. Mungkin trio tengah Spurs pada hari ini begitu yakin akan berjaya menguasai kawasan tengah untuk perlawanan kali ini.
11. Kane (1)
Triple kapten ke tuuuuu? Rating Kane sama je dengan fantasy point beliau kan?
Subs
1. Winks (5)– (Dembele)
Nampak sedap. Mungkin menjadi pengganti kepada Carrick suatu hari nanti.
2. Llronte (1)–(Kane)
Pertukaran panik.
3. Son (2)— (Alli)
Pertukaran panik. Berjaya mencuri beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal.