Rating Membabi Buta Malaysia Menentang Vietnam

Sebagaimana secara tiba-tiba ramainya penyokong bangsa final hadir menyaksikan perlawanan akhir AFF Suzuki ini, begitu juga secara tiba-tibanya rating membabi buta ini kembali.

Tanpa berselindung disebalik batu seperti udang, sememangnya rating babi ini hanya dibuat untuk perlawanan akhir ini sahaja. Tujuannya hanya satu. Demi meraih like dan trafic yang tinggi.

Namun apa-apa pun, pasukan Malaysia wajar diberikan kredit kerana berjaya melakukan comeback dari ketinggalan 2 gol kepada Vietnam. Bacalah rating ini dengan hati yang tenang dan waras.

Tenang is good .

Farizal – 6

Tiada apa yang boleh beliau lakukan dengan dua gol yang telah dilepaskan. Berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pemain Vietnam

Amirul – 3

Bergelut dengan kelajuan pemain sayap Vietnam. Agak malang buat beliau secara tiba-tiba terpaksa turun dalam perlawanan penting sebegini rupa. Digantikan oleh Syafiq Ahmad.

Irfan – 2

Hilang. Beliau main ke tak tadi?

Irfan awak kat mana?

Shahrul – 6

Satu gol tandukan yang cantik. Melonjak tinggi untuk menyambut hantaran cantik dari Syameer. Gagal membentuk persefahaman yang baik dengan Irfan.

Nazirul – 3

Perjalanan Nazirul berakhir pada minit ke 40 kerana kecederaan. Tiada apa yang beliau boleh lakukan apabila Vietnam berjaya menjaringkan dua gol mudah . Berani untuk membantu bahagian serangan Malaysia. Digantikan oleh Adam yang buat pertama kali tampil dalam kejohanan pada kali ini

Syameer – 6

Pasangan Akram di atas padang. Itu sahaja. Karang kalau tak letak. Tak cukup pula 11 pemain atas padang. Tak..tak. Gurau je. Dia ada buat hantaran cantik kepada Shahrul untuk gol pertama Malaysia. Tenang dalam mengawal kawasan tengah Malaysia.

Akram – 2

Destroyer. Lepas tu bocor dua bijik. Separuh masa kedua, beliau terus memperkemaskan cara larian santai beliau. Kadang-kadang larian beliau dipotong oleh pengadil yang dilihat lebih laju pada beliau. Sesekali beliau menolong membuat hantaran bahaya kepada pemain Vietnam untuk pasukan Vietnam melakukan serangan balas.

Safawi – 4

Menjadi punca kepada gol pertama Vietnam. Lambat berfikir. Mungkin terlalu banyak berfikir pasal makwe-makwe yang perlu beliau uruskan. Menjaringkan gol sepakan percuma yang cantik.

Sumareh – 3

Terlalu lama memegang bola. Mungkin geram kerana sampai sekarang masih tidak berjaya menjaringkan satu gol pun dalam kejohanan kali ini. Mungkin elok selepas ini Sumareh terus bertukar menjadi Keli. Paling kurang ada juga gunanya.

Norshahrul – 5

Merata dia pergi. Atas, tepi, bawah, kiri dan kanan. Sebab apa? Sebab pemain tengah kita sibuk jadi destroyer. Keseorangan tanpa dibantu oleh rakan-rakannya. Sepi dan gersang seumpama raut wajah beliau. Ditukarkan dengan Akhyar kerana kecederaan.

Zaquan – 2

Tugas dia hanyalah memakai lilitan kapten. Positifnya. Beliau rajin dan bersemangat. Ciri-ciri sesuai untuk menjadi seorang ketua kampung

Sub

Adam – 6

Agak goyah pada permulaannya. Bermain luar posisi kebiasaan beliau.Tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kepada beliau kerana ini merupakan aksi pertama beliau dalam kejohanan ini. Berjaya melakukan terjahan-terjahan penting.

Syafiq Ahmad – 6

Kemasukan beliau berjaya menghentikan serangan bertali arus pemain sayap Vietnam. Sesuatu yang boleh dibanggakan bagi pemain penyerang ini yang secara tiba-tiba menjadi pemain pertahanan hasil eksperimen oleh Tan Cheng Hoe.

Akhyar – 6

Pemain JDT ini hilang dalam kejohanan sebelum ini. Namun untuk 25 minit perlawanan akhir ini ,apabila beliau dimasukkan. Beliau berjaya mengubah tempo perlawananan dengan larian laju beliau.

Berani untuk berhadapan 1 lawan 1 dengan pemain pertahanan Vietnam. Namun tidak berani berhadapan dengan pengurusan KFA sehingga terpaksa meminta tolong FAM ( baca JDT) mengenai kontrak beliau dengan pasukan lamanya itu.

Baca Juga

Baca Juga