Rating Membabi Buta Malaysia vs Hong Kong

Rating ini sekali lagi dibuat secara Membabi Buta dengan mengikut hawa nafsu bagi perlawanan yang diwarnai dua kad merah dan sepakan penalti dalam 3 minit terakhir perlawanan.

Malaysia vs Hong Kong. Kelayakan Piala Asia 2019.

1. Hafizul (8)

Bermula dengan gemuruh. Tak ada konfiden untuk memegang bola. Namun demikian, beliau telah menjadi hero untuk negara kita dengan menyelamatkan penalti minit terakhir pihak lawan. Melakukan beberapa key save penting untuk negara.

Allahu. Berdekah Aku Tengok Gambar ni. [Kedah Troll Story]

2. Shahrol Kalam (4)

Kelam.Tak ada komunikasi antara pemain pertahanan. Backline kita hancur malam ini. Tiada commanding dari beliau. Antara punca gol pertama Hong Kong. Membiarkan penyerang Hong Kong melakukan jaringan amal dengan begitu santai.

Shahrol Yang Kelam

3. Aidil (3)

Aidil tetap menjadi Aidil. Penyakit untuk bermain bola lambung dari bawah hingga ke atas tetap berlaku. Macam satu ketagihan pula. Kalau tak buat, boleh mengeletar satu badan.

Tidak membentuk keserasian yang baik dengan Shahrol. Perbuatan bodoh menyentuh pengadil kerana membantah keputusan pengadil memberikan penalti kepada lawan menyebabkan beliau dilayangkan kad merah.

4. Rizal Ghazali (3)

Sekali lagi. School boy error. Silap. Budak sekolah pun tak buat mistake macam beliau buat. Macamana la beliau boleh buat kesilapan sedemikian rupa. Terlalu banyak ruang dibiarkan oleh beliau untuk pemain Hong Kong mengeksplotasi ruang yang ditinggalkan.

Namun itu semua terjadi kerana Malaysia telah meningkatkan intensity game. Kalau beliau tidak melakukan kesalahan ini, aku akan berikana rating yang lebih tinggi kepada beliau kerana blocking world class beliau pada masa separuh pertama.

5. Nazirul Naim (4)

Terikut-ikut sekali bermain buruk pemain senior. Terdedah dengan serangan balas pemain Hong Kong. Mungkin tiada commanding yang baik dari pertahanan tengah.

6.Amirulhadi (3)

Membantu pengadil di tengah padang. Entah apa la beliau buat di tengah padang. Tiba-tiba menjadi kesayangan para jurulatih.

7. Safiq Rahim (8)

Bermain dengan sangat baik bila beliau diletakkan di posisi kegemaran beliau. Hantaran pendek beliau menjadi dalam mengerakkan jentera tengah pasukan negara.

Gol penyamaan negara adalah hasil bola muntah rembatan beliau yang terkena badan pemain pertahanan lawan.

Kucingku comel, bulu nya lebat, selalu sihat, kerana…

8. Kiko Insa (5)

Bermula baik pada separuh masa pertama. Memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan. Masuk je separuh masa ke dua terus jadi benak,pemalas dan terlupa membawa masuk otaknya sekali untuk separuh masa ke dua.

Lepas dilayangkan kad kuning kedua terus hilang dari pandangan. Mungkin berhati-hati untuk tidak mengutip kad kuning kedua.

Super Saiyan Blue [ Ligaolahraga.com]

9. Badrol (3)

Makin tua, makin tak pandai bermain bola.
Punca utama Malaysia bolos. Ah malas aku nak ulas panjang-panjang.

Hilang Punca Semalam

10. Syazwan Zainol (7)

Hilang pada masa separuh pertama. Namun muncul lebih garang pada separuh masa kedua. Bola biasan daripada pertahanan lawan disudahkan dengan tenang oleh beliau.

11. Darren Lok (6)

Apa yang boleh dipuji adalah kerajinan beliau. Satu rembatan kencang berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan. Mungkin boleh memberikan sesuatu kepada negara jika pemain tengah melorongkan bola yang berkualiti kepada beliau.

Ini tak, pump bola dari bawah sambil mengharapkan beliau mengejar bola itu sampai dapat. Lepas tu biar dia mampus menyondol sorang-sorang dekat atas.

Sub – Hazwan Bakri (5)

Kemasukan beliau berjaya mengubah tempo game pasukan negara. Namun kad merah yang di layangkan kepada Rizal menyebabkan tempo game kita terbantut.

Sub – Akram (2)

Masuk-masuk terus melakukan assist untuk pasukan lawan. First touch beliau adalah mengasari pihak lawan dan sekaligus menghadiahkan penalti kepada pihak lawan.

Pemain lain first touch semuanya sentuh bola. First touch beliau sentuh kaki pihak lawan. Power!

Akram..Akram. Tak Bernasib Baik Betul Kau Ni. [Photo by Zam Zainal / www.asiana.my/ FourFourTwo.com]

Sub – Wan Zack (2)

Mengelupur dan sangat suka jual ikan. Lain-lain malas dah aku nak ulas.

*Ini rating peribadi aku. Kalau tak bersetuju pun aku peduli apa. Tapi kalau tak setuju juga, boleh keluarkan rating sendiri.

Baca Juga

Baca Juga