Rating Membabi Buta Vietnam Menentang Malaysia

Malaysia gagal lagi sekali di pentas akhir. Ketua jurulatih Malaysia tidak berani melakukan pertukaran awal yang penting dalam usaha Malaysia memenangi perlawanan akhir kedua ini. TCH tidak mempunyai pelan B dalam usaha mengubah corak permainan Malaysia.

Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai. Pelan B beliau telah tertinggal dirumahnya dekat Malaysia dan lalu dicuri oleh Bukhari Othman pemilik The Sukan.

Namun positifnya pasukan Malaysia pada kali ini, cara bermain pasukan Malaysia telah banyak berubah. Banyak hantaran-hantaran pendek yang dihasilkan.

Statistik menunjukkan bahawa, pasukan Malaysia mencatatkan jumlah hantaran yang terbanyak dalam kejohanan pada kali ini.

Cumanya menjadi sedikit keraguan. Pemilihan pemain DMF yang terlalu ramai sehinggakan tiada seorang pun pemain bermentaliti menyerang dibawa masuk ke dalam pasukan Malaysia pada kali ini.

Pedih memang pedih. Tapi inilah realiti. Tekaan Irfan Bakti menepati ramalan.

Irfan tersenyum nipis.

Farizal (5)

Cuba menyelamatkan gawangnya dibolos. Pertahanan seolah terpaku apabila diserang dengan begitu pantas. Jarang-jarang beraksi kerana sebenarnya Vietnam jarang melakukan percubaan bahaya ke gawang gol Malaysia.

Syahmi (5)

Bermain agak baik. Melakukan rembatan trademark beliau. Namun ditepis oleh penjaga gol lawan. Gagal menghalang hantaran lintang pemain lawan yang berjaya menghasilkan gol pertama lawan.

Aidil (5)

Kelibatnya mendatangkan rasa keyakinan kepada barisan pertahanan beliau. Berjaya memenangi bola udara dengan baik dan berjaya melakukan beberapa pintasan yang penting.

Shahrul (5)

Berjaya membentuk persefahaman yang baik dengan Aidil. Memenangi bola udara dengan baik. Dilayangkan kad merah pada minit terakhir permainan.

Syazwan Andik (3)

Asas bertahan apabila ada pemain lawan berada dalam kotak penalti lawan mestilah mengambil pemain lawan satu lawan satu. Apabila gagal mengawasi pemain lawan tersebut. Maka gol akan terhasil.

Syameer (4)

Tercari-cari Akram ditengah. Hairan kenapa rakannya begitu mudah menghilangkan diri. Beliau melakukan tugas dengan baik. Menerima kad kuning kerana tindakan beliau yang cuba menghalang pemain lawan melakukan serangan balas yang berpotensi menjaringkan gol.

Akram (1)

Destroyer dan pakar melakukan silap mata iatu pakar menghilangkan diri dalam padang. Beliau juga satu-satunya pemain DMF yang tak suka rakan-rakannya menghantar bola kepada beliau.

“Jangan….Jangan hantar bola pada aku!!!”, Sambil tangannya melilau menunjukkan ke arah lain tanda beliau tidak mahu bola tersebut.

Tak percaya? Tengoklah ulangan.

Safawi (4)

Bermain lebih baik pada kali ini. Mungkin beliau telah memutuskan makwe mana yang patut beliau jadikan kekasih sejati. Jadi beliau boleh fokus seratus peratus terhadap perlawanan ini.

Rajin membantu Syazwan Andik dalam bertahan.

Sumareh (3)

Pohpaleh Sumareh weiii, aok main mende. Macam gampaaa!! aok main. Macam gampaaaaaa!!

Norshahrul (3)

Terpaksa melakukan tugas AMF. Namun tidak menjadi dengan dua lagi pemain tengah negara berada terlalu bawah kerana takut dengan gerakan serangan balas laju pemain lawan.

Zaquan (1)

Tugas beliau samada beliau diterjah atau beliau yang melakukan terjahan. Satu kelebihan yang ada pada beliau. Apabila rakannya cuba bermain satu dua dengan beliau, hantaran balik beliau boleh mengelirukan pemain lawan dan juga rakannya sendiri.

Sub

Shahrel Fikri (-)

Pertukaran lambat oleh TCH. Terlalu lambat dan tiada apa yang beliau boleh lakukan. Ditukarkan dengan Akram, pemain yang paling disayangi oleh TCH.

Syafiq Ahmad (1)

Masuk untuk mengantikan Aidil. Masuk hanya untuk mendapatkan kad kuning. Lepastu beliau menarik nafas lega kerana berjaya memperoleh kad kuning.

Akhyar (-)

Terlalu lambat untuk dimasukkan. TCH tidak berani bermain dengan risiko. Bolehlah beliau fokus mengenai kemelut kontrak beliau dengan pasukan Kedah.

Rating Bonus

Tan Cheng Hoe

Beliau berjaya mengubah cara dan corak permainan Malaysia. Nampak jelas cara beliau menerapkan falsafah dan dna yang beliau mahukan dalam pasukan. Itu kita harus akui.

Namun ada beberapa aspek yang perlu beliau baiki. Terutama dalam pemilihan pemain yang meragukan. Diharap kejohanan pada kali ini dapat memberikan pengalaman yang sangat berguna buat beliau dan barisan kejurulatihan.

Satu pengalaman dan perjalanan yang boleh dikatakan menghiburkan buat penyokong Malaysia. Semoga Harimau Malaya berjaya bangkit dan mengaum buat sekali lagi. Lupakan kekalahan perit ini.

Bagi menyedapkan hati sendiri, lafazkan la ayat ini.

“Oklah tu. Kalah dengan pasukan ranking 100 dunia. Kita ranking 167 dunia”

Baca Juga

Baca Juga