Rating Pemain Membabi Buta Malaysia vs Thailand

Rating ini dibuat secara Membabi Buta dengan mengikut hawa nafsu untuk perlawanan akhir ketika Malaysia tewas kepada Thailand 1-0.

1. Haziq (2)

Segala jasa beliau sebelum ini musnah dengan hanya satu kesilapan school boy error . Kesilapan ini akan terus menghantui beliau untuk tahun yang akan mendatang. Satu save bertaraf dunia beliau tidak mampu menaikkan rating beliau. Satu-satunya penjaga gol yang berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan ini.

Beat that!

Yeay..Yeay! Aku Jaringkan Gol.

2. Adib Si Kapten (5)

Segalanya mula dengan baik bagi beliau malam tadi. Cepat menutup ruang. Pemain Thailand tidak dibenarkan turn oleh beliau. Namun masuk je separuh kedua, beliau seolah-olah hilang punca. Beberapa kali beliau ditewaskan satu lawan satu dengan pemain Thailand. Larian dia pula nampak penuh romantik. Mungkin terlalu penat disebabkan cara permainannya pada separuh pertama.

3. Irfan (6)

Permainan Irfan hampir serupa dengan Adib. Namun sebenarnya pintasan yang dilakukan oleh Irfan banyak kali menyelamatkan benteng pertahanan negara kita.

4. Adam Nor (8)

Pemain versatile ini sangat menyerlah bila bermain di posisi pertahanan. Dua block atau clearing bertaraf dunia. Tanpa dia semalam, skuad negara pasti akan ketinggalan 3-0. Bagi aku dia pemain terbaik untuk kejohanan ini. Aku menyokong penuh, posisi dia dikekalkan selepas ini.

Future Centre Back Malaysia

5. Syazwan Andik (4)

Terlalu gemuruh. Beberapa kali beliau membuat hantaran terus ke luar padang. Dato OKS beberapa kali memberikan renungan tajam kepada beliau. Hantaran lintang beliau yang diharapkan dari beliau tidak menjadi kenyataan. Pemain lain hantaran lintang semuanya​ bola lencong. Beliau satu-satunya pemain yang ada di dunia ini bola hantaran lintangnya lurus ke garisan belakang gol lawan. Unik.

6. Davies (5)

Pemain paling banyak melakukan overlap. Namun tiada hantaran lintang yang berbahaya dilakukan. Kalau ada pun meraban entah kemana. Pemain Thailand seolah-olah sudah mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Davies.

7. Azam (6)

Hantaran yang serba serbi tidak menjadi final kali ini. Beberapa kali beliau membuat hantaran yang tidak tepat, lalu membuka peluang pasukan Thailand melakukan serangan balas. Beliau juga beberapa menjadi mangsa terjahan keras pemain lawan.

8. Syameer (5)

Membentuk keserasian yang baik bersama Azam sepanjang kejohanan. Namun semalam beberapa percubaan mengelecek beliau tidak menjadi. Terlalu individual . Perlu perbaiki sentuhan pertama beliau. Bola yang beliau tahan sering kali melantun tinggi sehingga ke paras kepala beliau. Kelemahan ketara yang beliau masih miliki ketika ini

9. Safawi (2)

Tamak dan terlalu kejarkan glory. Ada beberapa peluang yang kalau dia release bola awal boleh memberikan sesuatu untuk pasukan negara. Back pass dia yang menyebabkan pasukan Thailand diberikan sepakan penjuru. Memburukkan lagi keadaan, sepakan penjuru tu jugalah menghadiahkan gol kepada pasukan Thailand.

Allahu. Kunyah Kata-Kata Sendiri. [Harian Metro]

10. Thanabalan (5)

Pemain yang digelar fox in the box sebelum ini telah bertukar menjadi kucing yang tersangat manja. Namun demikian, faktor utama beliau tidak menjadi malam tadi adalah kurangnya hantaran berkualiti di dalam kawasan kotak penalti pasukan lawan. Beliau hanya berguna dalam kotak penalti sahaja. Bila beliau keluar je dari kotak penalti lawan, terus seolah-olah Malaysia bermain dengan 10 orang pemain sahaja.

Thomas Thanabalan Muller [Viralhebat.com]

11. Jafri Chew (4)

Kalau sebelum kejohanan bermula, bila pasukan lawan melihat namanya di dalam senarai pemain. Pasti pemain lawan akan gentar. Namanya seolah-oleh pemain yang di import dari negara eropah. Namun selepas kejohanan ini berakhir, pemain pertahanan lawan menyesal kerana memberikan tumpuan lebih kepada beliau. Kalau tak jaga pun tak apa sebenarnya.

Sub

Akhyar (6)

Dengan pasukan ketinggalan satu gol, sepatutnya Dato OKS memasukan beliau lebih awal. Beliau lebih berani berhadapan berdepan dengan pemain Thailand. Selepas kemasukan beliau, pemain Thailand menjadi kelam kabut.

Neymar Malaysia

Daniel (1)

Beliau membuat magic semalam. Masuk-masuk terus hilang dalam padang. Power!

Syafiq Ahmad (2)

Masuk-masuk terus mengelupur belah kanan. Pemain Malaysia dah penuh dalam box lawan tetapi beliau sibuk mengelecek, tak lepas gelecek beliau back pass ke belakang. Berapa kali beliau buat macam tu menyebabkan momentum pasukan untuk penyerang telah terbantut.

* Ini rating peribadi aku, kalau tak bersetuju pun tak apa. Boleh la buat rating sendiri.

Baca Juga

Baca Juga