RB Leipzig Sedia Lepaskan Naby Keita Lebih Awal

RB Leipzig dilaporkan bersedia melepaskan pemain tengahnya, Naby Keita lebih awal dari sepatutnya jika Liverpool sanggup membayar sejumlah wang.

Dengan Keita dilihat semakin tidak sabar untuk berpindah keluar, Leipzig terbuka untuk mengawalkan perjanjian yang ditandangani musim panas lalu dimana Keita hanya akan berpindah ke Anfield musim hadapan.

Mungkin tiba di Anfield lebih awal dari jangkaan

Liverpool sekarang mempunyai kantung kewangan yang sihat selepas menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan nilai rekod jualan kelab bernilai hampir  £148 juta.

Walaupun telah bersetuju untuk membayar  £57 juta kepada Leipzig untuk khidmat Keita, Liverpool tiada masalah untuk membayar sejumlah wang tambahan untuk mempercepatkan perpindahan ini.

Liverpool sangat memerlukan pemain baru untuk memperkuatkan barisan tengahnya yang sedikit rapuh selepas kehilangan Coutinho. Laporan terbaru mengatakan kedua-dua buah kelab ini sedang berbincang bagi membolehkan Keita berpindah ke Liverpool bulan ini dari menunggu hujung musim nanti.

Kad merah menjadi makanan harian pemain ini

Jika perbincangan tersebut berjaya menemui kata sepakat, nilai perpindahan Keita ke Liverpool mungkin akan meningkat mencecah nilai yang dibayar mereka untuk mendapatkan Virgil van Dijk dari Southampton, sekitar £75 juta.

Ini kerana Leipzig tidak mahu melepskan Keita pada pertengahan musim, dan Liverpool harus memberikan insentif tambahan kepada Leipzig bagi membenarkan mereka melepaskan Keita lebih awal.

Mengenai situasi semasa Keita pula, pemain antarabangsa Guinea ini semakin hilang sabar dengan segala kritikan yang diterimanya musim ini. Beliau merasakan dirinya telah dijadikan kambing hitam oleh peminat yang marah dengan keputusannya menandatangani pra-kontrak dengan Liverpool musim panas lalu.

Look away Liverpool fans

Jika Liverpool berjaya mendapatkan khidmat Keita jendela perpindahan bulan ini, beliau tidak akan dapat membantu The Reds dalam saingan Liga Juara-Juara kerana telah bermain dengan Leipzig dalam pertandingan tersebut.

Tetapi, Keita akan menjadi penambahan terbaik kepada skuad Jurgen Klopp dalam misi mereka menduduki posisi 4 teratas Liga Perdana Inggeris dan juga merangkul Piala FA.

Mungkin Leipzig belajar dari situasi Liverpool sendiri yang melepaskan Coutinho lebih awal dari jangkaan. Sejarah menunjukkan menyimpan pemain yang hatinya tidak mahu lagi bermain disitu memberi kesan yang buruk kepada prestasi di atas padang, seperti yang kita lihat berlaku kepada Arsenal ketika ini dalam kes Alexis Sanchez.

BACA:  Klopp: Keita Masih Belum Capai Tahap Seperti Di RB Leipzig Dulu