Reaksi Carrick Berkait Kenyataan Scholes Menyuruh Beliau Tinggalkan United

Michael Carrick tampil membalas kenyataan pedas dari Paul Scholes yang menganggap memalukan untuk melihat staff Solskjaer masih bersama kelab pada ketika ini.

Scholes percaya yang Carrick, Phelan dan semua staff yang sebelum ini pernah bekerja dengan Ole Gunnar Solskjaer tidak sepatutnya masih kekal di Old Trafford.

Beliau menganggap tindakan mereka tidak mengundurkan diri selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat adalah satu hal yang sangat memalukan.

Carrick selepas tamat perlawanan bertemu Villarreal yang memperlihatkan beliau berjaya membantu United mencatat kemenangan, seterusnya melayakkan diri mereka ke pusingan kalah mati, telah ditanya tentang kenyataan dari Scholes.

Beliau yang pertama kali ditemu bual selepas tamat perlawanan sebagai pengurus kelab telah memberi jawapan yang sangat bijak untuk membalas kenyataan dari bekas rakan sepasukannya itu.

“Ia merupakan keputusan yang sangat penting bagi saya secara peribadi.”

Jelas Michael Carrick.

“Ia merupakan keputusan untuk kelab. Kami melalui beberapa hari yang sangat beremosi, orang pertama yang saya hubungi terus selepas ditawarkan oleh Ed untuk jadi pengurus sementara adalah Ole.”

“Saya rasa ia adalah perkara paling penting yang perlu dilakukan.”

Carrick menjelaskan yang beliau sudah melakukan hal yang betul dengan menghubungi Ole terlebih dahulu sebelum meneruskan tugasnya menjadi pengurus sementara kelab.

Memandangkan beliau juga masih mempunyai kontrak bersama kelab, jadi dakwaan dari Scholes tidak berasas dengan Carrick bersama barisan kejurulatihan sememangnya masih perlu patuh dengan kontrak mereka untuk kekal bersama kelab.

Scholes anggap Carrick tidak sepatutnya ada di Old Trafford lagi

Paul Scholes tanpa berselindung terus membantai keputusan United melantik Michael Carrick sebagai pengurus sementara Manchester United, selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Scholes menganggap Carrick dan kesemua barisan kejurulatihan sekarang sepatutnya dipecat bersama dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Carrick mengendalikan aksi perlawanan pertamanya bertemu Villareal dalam aksi saingan Champions League awal pagi tadi.

Sementara beliau berjaya membantu setan merah mencatatkan kemenangan 2-0 untuk layak ke pusingan kalah mati, Scholes pula seronok menghentam beliau tanpa belas.

Legenda Man United itu membantai Carrick, Kieran McKenna dan Mike Phelan dengan menganggap kesemua staff bawah Solskjaer sebelum ini sepatutnya ikut sama pergi meninggalkan kelab.

Bercakap di studio BT Sport, Scholes menjelaskan bahawa:

“Saya akan rasa malu untuk ada bersama staff sekarang, mereka semua sepatutnya sudah tiada, dipecat atau mereka undur diri sendiri.”

“Diorang semua telah menjatuhkan kelab sama seperti apa yang Ole lakukan.”

Carrick, Mckenna dan Phelan akan terus bertugas sehingga pihak kelab melantik pengurus interim atau pengurus baru selepas ini untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Carrick sepertinya memulakan tugas beliau dengan sangat baik selepas membantu United untuk mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Villareal awal pagi tadi.

Kesebelasan utama yang beliau guna pakai juga berbeza berbanding Ole Gunnar Solskjaer, namun corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain sepertinya masih di tahap sama.

Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho berjaya untuk mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, seterusnya membantu United mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan gergasi La Liga itu.

Berbalik kepada isu yang Scholes suarakan, alasan mengapa kesemua staff masih ada selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat adalah kerana kesemua mereka masih ada kontrak.

United pening kepala nak bayar pampasan

Manchester United bakal berdepan satu lagi masalah melibatkan kerugian selepas, mereka kini terpaksa bersedia untuk membayar pampasan kepada staff yang bekerja di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Selepas pihak kelab memecat Ole Gunnar Solskjaer, staff yang bekerja di bawah kendaliannya masih berkhidmat, dan berkemungkinan pengurus baru tidak akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Pemecatan Ole Gunnar Solskjaer kemarin merupakan pengurus keempat yang dipecat ole Manchester United sejak berakhirnya era Sir Alex Ferguson pada tahun 2013 yang lalu.

United terpaksa menanggung kerugian sekitar £40 juta untuk membayar pampasan kepada semua pengurus yang mereka pecat sebelum ini.

Mereka terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana pengurus dari Norway itu baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab pada musim panas lalu.

Masalah terbesar United pada ketika ini adalah, Solskjaer bukanlah satu-satunya individu yang menandatangani lanjutan kontrak pada musim panas lalu.

Boleh dikatakan hampir kesemua staff beliau turut ditawarkan kontrak baru pada musim panas lalu, dan seandainya pengurus baru memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan mereka, ia jelas bakal memberi masalah besar untuk United.

Mereka perlu membayar pampasan yang tinggi kepada semua staff Solskjaer yang sudah menandatangani perjanjian lanjutan kontrak pada musim panas lalu.

Menurut laporan dari Daily Mail, Mike Phelan telah menandatangani kontrak baru pada bulan lalu, dan pembantu jurulatih itu bukanlah satu-satunya individu yang mendapat tawaran kontrak baru beserta kenaikan gaji.

Pengurus sementara United pada ketika ini, Michael Carrick, jurulatih skuad utama, Kieran McKenna dan jurulatih penjaga gol, Richard Hartis juga baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Ia bermaksud United perlu menyediakan jutaan pound untuk membayar pampasan kepada kesemua barisan kejurulatihan ini seandainya khidmat mereka tidak diperlukan.

Laporan sama turut mendakwa yang rundingan tersebut telah dipersetujui pada musim panas lalu, ketika Solskjaer menandatangani kontrak baru selama tiga tahun.

United memutuskan untuk menawarkan kontrak baru kepada Ole Gunnar Solskjaer selepas melihat beliau cemerlang membawa kelab ke aksi perlawanan akhir Europa League dan turut menamatkan saingan liga di kedudukan kedua.

Walau bagaimanapun, rundingan bersama barisan kejurulatihan kelab hanya berjaya dimuktamadkan pada bulan lalu, dengan kedua-dua pihak setuju dengan tawaran dalam rundingan tersebut.

Malangnya, selepas dari itu, United terus menerus menunjukkan penurunan dalam prestasi mereka, hingga menyebabkan pengurus kelab, Solskjaer dipecat.

Dibelasah di halaman sendiri oleh dua seteru utama, Liverpool dan Manchester City, juga kekalahan memalukan dibelasah teruk oleh Leicester City dan Watford menyebabkan United terpaksa melepaskan legenda kelab itu.

Sumber: GMS

BACA:  Steven Gerrard vs Paul Scholes: Ini Pilihan Thierry Henry